Friday, September 25, 2009

Tart Nenas

Sumber : MIL
Bahan-bahan :
280 gm (10 oz) tepung gandum
168 gm (6 oz) butter
1 biji kuning telur
secubit garam (klu guna unsalted butter)

Cara-cara :
Gaulkan tepung & butter bersama. Masukkan kuning telur dan uli sehingga menjadi doh.
Terap menggunakan acuan kegemaran. Bakar sehingga masak.

Wednesday, September 23, 2009

Kentang Putar Ala KFC

Sumber : Sepaku.net
BAHAN2NYA:
♥ 5 Biji kentang [size sederhana]
♥ 3 sudu besar mentega yg sedap sikit [marjerin pun ok]
♥ Garam secukup rasa
♥ Petua tambahan, sedikit (1 sudu teh) Serbuk penaik - Baking
Powder [untuk mengebukan lagi kentang kita]

CARA MEMBUATNYA:

1. Kupas kulit kentang dan potong nipis-nipis supaya cepat empuk


2. Rebus dgn air secukupnya sehingga empuk


3. Toskan airnya. Teruskan kerja ini semasa kentang masih panas2.
[ Kalau sejuk tak menjadi nanti]


4. Masukkan mentega, garam ,dan serbuk penaik ke dalam kentang
tadi. Segera ditumbuk menggunakan alat penumbuk contoh anak
batu atau botol. sehingga ia hancur dan halus macam kat KFC tu.
[ Kena sabar la sikit sbb panas2 ]


5. Setelah selesai, masukkan kentang ke dalam bekas mangkuk dan
bentukkan secantik yang mungkin menggunakan sudu.


6. Hidangkan bersama sosnya yg berwarna coklat [gravy]

Saturday, September 12, 2009

Kek Coklat Planta

Sumber : Belakang tin majerin Planta :))
Bahan-bahan :
1/2 cawan (120 gm) majerin Planta
1 1/2 cawan (180 gm) tepung gandum
1/4 cawan (20 gm) serbuk koko
1 camt (5 ml) sodium bikarbonate
1 cawan (200 gm) gula kastor
2 biji telur (saiz sederhana)
2/3 cawan (150 ml) air
1/4 camt esen vanila
1 camb (15 ml) air limau nipis

Cara Membuatnya :
1- Sapukan sedikit majerin Planta ke dalam tin kek berukuran 18 - 20 cm . Panaskan ketuhar pada suhu 180C.
2- cairkan 1/2 cawan majerin Planta menggunakan api kecil. Sejukkan.
3- Ayak tepung gandum, serbuk koko dan soda bikarbonat . Campurkan gula.
4- Pukul telur, air, esen vanila, majerin Planta yang dicairkan dan air asam limau dengan garfu hingga sebati. Tuangkan campuran ini ke dalam bahan2 yang diayak tadi dan kacau hingga sebati (adunan tidak perlu pukul)
5- Tuangkan adunan ke dalam tin yang telah disapu majerin. Masak dalam ketuhar panas selama 40 minit atau sehingga naik dan lidi dicucuh di tengah kek tidak melekat.

Kek Coklat Planta

Rempeyek

Sumber : Mak Diba - Felda Nitar 3
Bahan-bahan :
1 pkt tepung beras @ 500 gm (Cap 5 Gajah)
2 biji kelapa
2 biji telur
Kacang tanah/kacang hijau (ikut suka)
Ketumbar
Jintan manis
5 ulas bawang putih
Garam
Serbuk perasa

Cara Membuatnya :
Masukkan rempah2, bancuhkan dengan santan dan tepung beras sehingga sebati. Lender bancuhan yang telah siap supaya tidak berketul. Bila nak goreng, asingkan dalam mangkuk kecil. Masukkan bancuhan tadi dan masukkan kacang secukupnya dan tiraikan di dalam minyak panas.

Famous Amos London

Sumber : Mr. Hubby
Ingredients :
2 cups butter
4 cups flour
2 tsp baking soda
2 cups granulated sugar
2 cups brown sugar
5 cups blended oatmel (measure oatmeal & blend in blender to a fine powder)
24 oz chocolate chips
1 tsp salt
1 (8 oz) Cadbury or Hersheys (grated)
4 eggs
3 cups chopped nuts (your choice)
2 tsp vanilla
2 tsp baking powder

Method :
Cream the butter and both sugars. Add egss and vanilla, mix together with flour, oatmeal, salt, baking powder & soda. Add chocolates chips, Hersheys bar & nuts. Roll into ball& place 2 inch part on a cookie sheet. Bake for 10 minutes at 375F.

Puding Kastad

Sumber : Kak Ana (Omar's Wife)
Bahan-bahan :
1 tin tepung kastad (Cap Bird's) @ 300 gm/packet (asingkan 2 camt utk dicampur dgn telur)
3 tin Susu Cair (Carnation)
1 tin jagung (cream)
1 tin buah-buahan campuran (cocktail @ peach)
3 biji telur (2 biji kuning telur + 1 biji telur)
Garam
Gula
Sedikit esen vanila

Cara Membuatnya :

PUDING
1- Masukkan 1 tin tepung kastad bersama 12 1/2 cawan air dan kacau di atas api sederhana.
2- Masukkan garam & gula secukup rasa.
3- Mendidih...masukkan 1/2 tin susu cair & 1 tin jagung (cream).
4- Berbunyi 'pop' (meletup) dan terus tuang ke dalam acuan. [Pastikan bekas acuan dibasahkan sedikit (cuci)]

KUAH
1- Masukkan 2 1/2 tin susu cair (lebihan membuat puding tadi) ke dalam periuk. Masak atas api sederhana.
2- Masukkan 2 1/2 tin air. Masukkan garam & gula secukup rasa.
3- Masukkan telur yang telah dicampurkan dengan 2 camt tepung kastad. Masukkan esen vanila. Perasakan. Siap untuk dihidang bersama puding.

Sotong Crispy

Sumber : Mingguan Wanita
Bahan-bahan :
250 gm sotong (dipotong bulat & direbus terlebih dahulu)
1 camt serbuk kari
1 biji telur
Sedikit air
Sedikit serbuk perasa
1 camb tepung gandum
1 camt serbuk penaik
Minyak utk menggoreng

Cara Membuatnya :
1- Bancuh serbuk kari bersama telur , tepung gandum, serbuk penaik, serbuk perisa dan kacau sebati.
2- Kemudian panaskan minyak dalam kuali. Celup sotong dalam bancuhan tadi dan goreng. Angkat bila sudah berwarna kekuningan.
3- Siap dihidang.

Almond London

Sumber : Kak Dah
Bahan-bahannya :
250 gm mentega
130 gm gula aising
430 gm tepung gandum
2 biji kuning telur
20 gm tepung jagung
Badam cincang secukupnya
Badam sbiji secukupnya
Coklat masakan secukupnya

Cara Memasaknya :
Mentega dipukul hingga kembang & gebu. Masukkan kuning telur, tepung jagung & tepung gandum sambil digaul hingga sebati. Letakkan badam ditengah-tengah dan buat bulat / leper (ikut suka) . Masukkan dalam ketuhar dengan suhu yg sederhana. Sesudah dimasak, celup dengan coklat masak & tabur badam cincang di atasnya.

Kek Biasa

Sumber : Kak Mah

Bahan-bahan :
3 biji telur
1 cawan majerin
1 cawan gula
1 1/2 cawan gandum
1 camt esen vanila

Cara Membuatnya :
Pukul majerin dgn gula sampai kembang. Kemudian, masukkan telur satu persatu, pukul sampai kembang. Masukkan esen vanila. Akhir sekali masukkan gandum. Bakar selama 45 minit pada suhu 170 - 175 C.

Biskut Mazola

Sumber : N/A

Bahan-bahan :
1 kg tepung gandum
600 gm kacang tanah (dihaluskan)
600 gm gula
sedikit garam
Minyak Mazola - secukup basah

Cara Membuatnya :
1- Gaul kesemua bahan-bahan kering sehingga sebati.
2- Basahkan dengan minyak mazola sedikit demi sedikit.
3- Bulatkan kecil2. Letakkan kacang tanah ditengah-tengah. Tekan sedikit. Sapu kuning telur di atasnya. Bakar sehingga kekuningan.

Kek Spounge (Kek Gula Hangus)

Sumber : Kak Dah
Bahan-bahan :

2 cawan gula
2 cawan tepung gandum
2 cawan air
7 biji telur
1/2 tin susu pekat manis (tin tinggi)
2 camb soda bikarbonate
2 camb majerin
Sedikit esen vanila

Cara Membuatnya :
1- Gula dihanguskan sehingga berbuih, lalu dimasukkan air. Kacau hingga sebati dan masukkan majerin yang telah dicairkan. Biarkan hingga sejuk.
2- Ayakkan gandum dengan soda bikarbonate .
3- Pukul telur sehingga kembang.
4- Masukkan telur yang telah dipukul ke dalam gula hangus yang disejukkan tadi bergilir-gilir dengan gandum yang telah diayak sehingga habis.
5- Akhir sekali, masukkan susu & kacau hingga sebati.

Friday, September 11, 2009

Tiga tip Terbaik Si Kecil

Sumber : Majalah Rasa Mei'09



1- Jangan paksa anak and makan. Mereka lebih mengetahui bila mereka perlu makan dan bila perlu mereka berhenti daripada makan. Gunakan psikologi untuk memberi kebebasan mereka makan tetapi dikawal dari segi nutrisinya.
2- Beri anak anda makan pelbagai jenis makanan terutamanya buah-buahan dan sayur-sayuran supaya mereka lebih mengenali apa yang mereka makan dan gemarkan. tidak secara langsung mereka mampu menyerap kesemua nutrisi yang dibekalkan.
3- Air amat penting untuk tumbesaran. Jadi sentiasalah bekalkan anak anda dengan air kosong mahupun susu sepanjang masa. Ia membantu kecergasan otak & stamina untuk bergerak aktif

Biskut Keju Oregano

Sumber : Majalah Rasa Jul'09
Bahan-bahan :
125 gm mentega
110 gm gula halus
110 gm gula perang
1/2 biji telur
1 camb oregano
90 gm tepung naik sendiri - di ayak
1/2 camb tepung jagung
75 gm kelapa kering
125 gm emping jagung
50ml susu sejat
75 gm walnut - dibakar & dicincang kasar

Cara Membuatnya :
1- Putar mentega, gula halus dan gula perang sehingga ringan dan kembang.
2- Masukkan telur & semua bahan selebihnya.
3- Bulatkan adunan, tekan sedikit & letakkan dalam loyang.
4- Bakar pada suhu 160C selama 20 minit atau sehingga masak.

Nasi Lemak Cara Sihat

Sumber : Majalah Rasa Julai 2009

Ramai orang tidak mampu mengenepikan nasi lemak setiap hari kerana menjadi kebiasaan sejak dulu. Tidak salah mengambilnya setiap pagi kerana ia pemberi tenaga yang mencukupi. Malah, ia juga penyumbang sumber protein dan kalsium yang tinggi seperti telur, ayam dan juga daging. Yang menjadikan masalah adalah lemak dan garamnya yang tinggi. Bagaimana caranya ? Gunakanlah santan cair atau susu rendah lemak serta berusahalah mengurangkan garam. Elakkan dimakan bersama teh tarik, sebaliknya memilih segelas air suam.

Tip Anak : 10 Perkara Patut Elak

Sumber : Majalah Rasa Jul'09

1- Warna : Warna makanan yang sama & 'dal' boleh membuatkan anak rasa bosan & tidak mampu menarik minat mereka.
2- Makan Luar : Menyebabkan tumpuan anak pada makanan tidak sehebat ketika makan di rumah.
3- Makan Tidak Menentu : Menunjukkan teladan buruk seperti makan di depan televisyen mendorong anak melakukan perkara yg sama
4- Snek : Pengambilan makanan ringan sebelum waktu makan membuatkan anak kenyang & menolak makanan yang sepatutnya
5- Waktu : Waktu makanan yang berubah-ubah mengakibatkan keliru & terpaksa menahan lapar untuk tempoh peralihan.
6- Paksa : Memaksa anak makan hanya akan membuatkan mereka hilang selera & tidak menikmati sepenuhnya
7- Kritik : Komen negatif terhadap makanan di depan anak-anak boleh mengekang selera kepada makanan tersebut
8- Gangguan : Gangguan seperti alat mainan, televisyen & sebagainya yang dibawa ke meja makan menyebabkab anak hilang minat untuk makan
9-Marah : Berleter atau memarahi anak supaya menghabiskan makanan akan membuatkannya mereka takut & menjauhi waktu makan
10- Makan Sendirian : Menyebabkan anak berasa waktu makan adalah waktu paling menyedihkan
11- Tiada Kepelbagaian : Makanan yang sama setiap hari menyebabkan anak tidak kurang menikmati aneka jenis diet.

Daun Kari Tahan Lebih Lama

Sumber : Majalah Rasa Jul'09



Bahan-bahan :
Daun kari
Bekas penutup

Cara Membuat :
1- Leraikan daun kari daripada tangkainya
2- Masukkan ke dalam bekas bertutup
                             3- Tutup rapat & simpan di dalan peti sejuk

Telur Dadar Gebu

Sumber : Majalah Rasa Jul'09

Bahan-bahan :
1 biji Telur
1 camb Air

Cara Membuatnya :
1- Pecahkan telur di dalam mangkuk.
2- Masukkan air.
3- Pukul hingga kembang & goreng.

Petua Masak Telur Rebus

Sumber : Majalah Rasa Jul'09



Bahan-bahan :
Telur
Tisu
Air
Beras

Cara Membuat :
1- Lapkan telur.
2- Kemudian rebus di dalam periuk.
3- Masukkan sedikit beras & biarkan hingga beras masak & angkat.

Segarkan Aroma Dalam Ketuhar

Sumber : Majalah Rasa Jul'09



Bahan-bahan :
Lemon
Air

Cara Membuatnya :
1- Potong dua lemon & masukkan ke dalam air.
2- Masukkan ke dalam ketuhar & tekan suis pasang dan biarkan selama satu minit atau sehingga ketuhar panas.
3- Ambil lemon & perahkan jusnya ke dalam bekas yang berisi air suam.
4- Cuci bahagian dalam dengan jus tersebut.

Thursday, September 10, 2009

Kek Marble

Sumber : Dapur Tanpa Sempadan (Mat Gebu)
Bahan-bahan :


240 g unsalted butter
10 g ovallate
4 biji telur gred A
220 g gula halus
240 g tepung halus (tepung gandum pun boleh)*
1/2 camca teh baking powder*(*digaul rata dan diayak)
60 ml susu segar
1 camca teh esev vanilla
20 g serbuk koko
20 ml air suam
Secubit garam (tak perlu garam jika guna "salted butter)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin kek dengan sedikit mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak (jika guna bund pan, sapu mentega rata2 pada bahagian dalam tin kek dan tabur sedikit tepung, ketuk keluar lebihan tepung). Ketepikan.
  2. Putar mentega dan ovallate hingga rata, masukkan gula halus dan putar hingga putih, masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang. Jarak masa untuk sebiji telur ialah 1 minit.
  3. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan susu segar hingga habis, masukkan esen vanilla, putar rata.
  4. Bahagi adunan kepada 2 bahagian, satu dibiarkan kosong dan satu lagi dimasukkan serbuk koko dan air suam, gaul rata.
  5. Sudu kan adunan kosong berselang seli dengan adunan koko, buat hingga siap. Gunakan pisau atau chopstick, buat beberapa pusingan. Bakar 50 - 60 minit atau hingga masak bergantung pada oven masing2....

Kek Buah-buahan

Sumber : N/A
Bahan-bahan :

75 gm majerin
50 gm gula hangus
175 gm tepung gandum
100 gm kismis (current)
100 gm kismis kasar (raisen)
50 gm kulit limau (mixpeel)
25 gm ceri
2 camb manisan (golden syrup)
1 camt bicarbonate of soda
2 biji telur ayam
1/4 gelas air susu suam

Cara Membuatnya :

Putar majerin dengan gula sehingga kembang. Kemudian, masukkan golden syrup dan kacau hingga sebati. Masukkan pula semua jenis buah-buahan sambil dikacau hingga sama bergaul. Masukkan tepung yang siap di ayak dengan bicarbonate of soda sambil dikacau perlahan-lahan hingga sebati. Masukkan ke dalam acuan yang siap berminyak dan beralas kertas. Bakar dalam ketihar dengan suhu 350F.

Kek Badam

Sumber : N/A
Bahan-bahan :

450 gm tepung gandum
450 gula
8 biji telur
450 gm mentega
450 gm buah badam
2 camt baking powder

Cara Membuatnya :

1- Tepung diayak dgn baking powder. Buah badam dicincang, dibahagikan dua. Sati bahagian dijadikan tepung dan sebahagian lagi untuk ditabur diatasnya nanti.
2- Pukul gula dgn mentega sehingga kembang. Asingkan kuning & putih telur, kemudian masukkan kuning telur satu persatu ke dalam adunan mentega sambil dipukul lagi. Pukul putih telur berasingan hingga berbusar.
3- Masukkan tepung buah badam ke dalam adunan mentega sedikit-sedikit. Kemudian, masukkan pula tepung gandum sambil dibalik-balikkan adunan dgn pisau perlahan-lahan sambil digaul rata.
4- Sesudah itu, masukkan pula putih telur yang telah dipukul tadi sambil digaul rata. Sediakan sebuah adunan yang telah disapu dengan sedikit minyak. Sesudah itu, masukkan adunan tadi ke dalam loyang setinggi 5cm (2 inci). Aturkan buah badam yang di mayang tadi di atasnya, kemudian bakarlah untuk selama 45 minit.

Jem Nenas

Sumber : Diba
Bahan-bahan :

1 biji nenas (diparut)
6 camb gula
1 bunga cengkih

Cara Membuatnya :

Campurkan semua bahan-bahan di atas dan masak di atas api sederhana sehingga kering kebasahan (jgn kering sangat, biar basah2 sikit)

Tart Nenas

Sumber : Diba
Bahan-bahan :

350 gm tepung gandum
250 gm mentega
40 gm gula aising
2 biji kuning telur
20 gm tepung jagung
20 gm cheese

Cara membuatnya :

1- Pukul mentega bersama gula aising (tak perlu terlalu kembang).
2- Masukkan kuning telur. Pukul rata.
3- Masukkan cheese & tepung jagung.
4- Masukkan tepung gandum & uli hingga menjadi doh.
5- Terap mengikut acuan kesukaan.

Wednesday, September 9, 2009

Biskut (basic)

Sumber : Kak Mah
Bahan-bahan :

1 cawan butter
3/4 cawan gula
2 biji kuning telur
Sedikit esen vanilla
1/2 cawan tepung jagung
Tepung gandum (ikut lembut)

Cara Membuatnya :

1- Pukul butter bersama gula sehingga kembang. Masukkan kuning telur & esen vanila. Pukul lagi sehingga rata.
2- Masukkan tepung jagung. Gaul rata.
3- Masukkan tepung gandum dan gaul sehingga menjadi doh & tidak melekat di tangan.

Salam Perkenalan

Salam,

Assalamualaikum kepada semua! Blog ini Danie 'create' sebab nak tulis semua resepi2 yang Danie telah kumpulkan... tak banyak mana pun tapi rasa nyer boleh la dimuatkan kat dalam blog ni. Blog ni jugak untuk memudahkan Danie menyimpan dan mengemaskini semua resepi2 yang ada supaya senang Danie nak cari resepi apa yang Danie ada bila dah kehilangan idea nak masak apa. Resepi2 ini ada yang Danie dapat dari ahli keluarga, kawan2, majalah dan sudah tentu di internet. Danie juga suka untuk berkongsi resepi2 ini dengan semua. Danie tak pernah lagi mencuba kesemua resepi ini, tapi insyaallah akan dilaksanakan pada masa akan datang....Adios!!!