Wednesday, August 18, 2010

Popiah Sayur PERTAMA

Sumber : belakang packing kulit popiah brand PERTAMA :))



Bahan-bahan :

300 gm kobis - dicincang
200 gm lobak merah - dicincang
200 gm rebung buluh - dicincang (tak letak sbb tak der)
2 ketul tauhu - dihiris halus
5 gm bawang putih - dimayang halus
5 gm bawang merah - dimayang halus
100 gm taugeh
50 gm kacang pis (tak letak sbb tak der)
Minyak masak
Lada sulah
Gula
Garam
Perasa

Cara Penyediaan:

1) Tumis bawang putih & bawang merah yang telah dicincang halus itu di dalam satu sudu minyak masak.
2) Masukkan kobis, lobak merah, rebung buluh, tauhu, taugeh& kacang pis.
3) Kacau sambil digoreng sehingga masak. Tambahkan gula, lada sulah, garam & ramuan secukup rasa.
4) Balut inti yang telah dimasak dengan kulit popiah. Goreng popiah sehingga warnanya bertukar keemasan. Toskan minyaknya & hidangkan panas-panas.

Serunding Ikan

Sumber : Kak Mah (Kakak)


Bahan-bahan:

1 kg ikan selayang, rebus, perisikan, ramas hancurkan
* bahan-bahan untuk diblender
* 1 inci halia
* 6 batang serai
* 1 senduk lada kering yang dah diblender
* 1/2 labu bawang putih
* 2 labu bawang besar
* 20 ulas bawang merah
1 biji kelapa / santan pekat
1 keping asam
Garam & Gula secukup rasa

Cara-cara:

Campurkan bahan-bahan yang telah diblender dengan isi ikan di dalam kuali. Masukkan santan, gula garam & perasa serta asam keping. Kacau sehingga kering.

Tuesday, August 17, 2010

Asam Pedas Ikan Patin (Kelantan)

Sumber : Ana (Adik)




Bahan-bahan :

1 1/2 inci lengkus
8 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
5 tangkai lada kering
* diblender bersama
sedikit beras - direndam selama 5 minit
1 inci kunyit hidup
* ditumbuk bersama
1 ekor ikan patin - dibersihkan dengn air asam jawa ( nak hilangkan bau hanyir)
Daun kesom
2 keping asam
Air secukupnya

Cara Membuatnya :

Di dalam periuk, masukkan bahan-bahan yang telah diblender & ditumbuk. Masukkan asam keping. Masukkan air. Biarkan sehingga mendidih. Masukkan daun kesom. Akhir sekali masukkan garam & perasakan. Sedia untuk dihidang.

Kuah Kacang Dal

Sumber : Mamak yang keje dengan ayah dulu :)





Bahan-bahan :

2 cawan kacang dal
2 sb minyak masak
1 biji kentang (klu suka kentang boleh letak lebih)
4 tangkai lada kering
1 biji tomato - potong 6
3 tangkai daun kari - nak letak lebih pun boleh
Garam & Gula secukup rasa

Cara-cara :

1) Rendam kacang dal selama 1 jam & basuh kacang dal sehingga bersih.
2) Rebus kacang dal bersama minyak sehingga mendidih.
3) Masukkan kentang, lada kering, tomato & daun kari. Rebus sehingga empuk.
4) Masukkan gula & garam. Rebus sehingga nampak pekat. Sedia untuk di makan bersama roti canai.

Saturday, August 14, 2010

Puding Gula Hangus

Sumber : Kak Dah (Kakak)




Bahan-bahan :

1 tin susu cair
9 @ 10 biji telur
10 camb gula
Sedikit esen vanila
3 camb gula - untuk gula hangus

Cara-cara :

1) Mula-mula cairkan gula dalam loyang atas api sederhana kecil. Masak sampai gula kekuningan / coklat. Ketepikan.
2) Di dalam bekas lain, gaul / kepuk telur, gula & esen vanila. Masukkan susu & gaul rata.
3) Tuang adunan telur & susu ke dalam loyang tadi. Kukus selama 45 minit.

Tart Nenas Gulung

Sumber : Kak Zai



Bahan-bahan:

1 ketul butter
3 camb susu tepung
3 camb tepung beras
3 camb tepung kastard
3 camb gula
2 1/2 cawan tepung gandum

Cara-cara:

1) Pukul butter & gula. Masukkan susu tepung, tepung beras & tepung kastard. Kacau. Masukkan tepung gandum & uli. Gunakan acuan acuan tart gulung & masukkan inti / jem nenas. Hias dengan kuning telur. Bakar sehingga kekuningan @ sehingga masak.

Friday, August 13, 2010

Blueberry Cheese Tart

Sumber : rinnchan.fotopages


Untuk Doh Pastri:

125 gm butter
40 gm icing sugar
1 biji telur
220gm tepung gandum
1/2 tsp esen vanila

Kaedah Penyediaan:

1) Satukan semua bahan & uli sehingga menjadi doh.
2) Ambil sebahagian kecil doh & tekankan dalam acuan tart.
3) Cucuk pastri menggunakan garpu & bakar doh pastri selama 8-10 minit @ sehingga separuh masak pada suhu 175C
4) Sementara itu sediakan bahan isian cheese

Bahan Isian Cheese

250 gm cream cheese
3/4 cawan gula icing
1 biji telur
1/2 cawan whipping cream
1 camt esen vanila
Blueberry filling secukupnya
* Sukatan isian cheese ini sebenarnya boleh carteruntuk 2 sukatan doh pastri di atas.

Kaedah Penyediaan:

1) Pukul cheese & telur hingga sebati.
2) Masukkan esen vanila & telur & whipping cream.
3) Teruskan memukul adunan sehingga kelihatan berkrim.
4) Tuangkan adunan secukupnya ke dalam pastri separuh masak tadi & sudukan blueberry filling ditengah-tengahnya.
5) Masukkan kembali ke dalam oven & bakar selama 15-20 minit pada suhu 175C. Sejukkan sebelum dialih dari acuan & diletak dalam papercup.

Thursday, August 12, 2010

Kek Pisang

Sumber: Mak Su Nah Nasir



Bahan-bahan:

1 cawan gula
1 cawan majerin
1 cawan pisang - dilenyek
1 camb soda bikarbonate
1 cawan susu pekat manis
1 biji limau nipis
3 cawan gandum
2 biji telur

Cara-cara :

Putar majerin & gula. Kemudian masukkan telur satu demi satu. Selepas itu masukkan pisang & susu yang telah dicampur dengan limau nipis. kemudian masukkan gandum yang telah diayak bersama soda bikarbonate. Gaul rata. Masukkan adunan kedalam loyang & bakar sehingga masak. Sedia untuk dihidang.

Chocolate Moist Cake

Sumber : Restoran Pak Amir






Bahan A:
1 ketul buttercup
1 cawan gula halus
6 biji telur
1 1/2 cawan tepung naik sendiri (bluekey)

Bahan B:
1 cawan gula
1 cawan serbuk koko
Sedikit air
* Semua bahan B dimasak atas api yang perlahan - masak hingga nampak pekat & sejukkan

Bahan C (untuk topping) :
1/2 tin susu pekat
1/2 cawan serbuk koko
* masak hingga pekat

Cara-cara:
Pukul buttercup & gula. Masukkan telur satu persatu. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga sebati. Masukkan bahan B yang telah dikacau & kacau hingga sebati. Masukkan dalam loyang dan bakar sehingga masak.

Aneka Muffin

Sumber : merpati66.blogspot






Bahan-bahan:
200 gm tepung naik sendiri
140 gm butter
120 gm gula
8tbsp susu segar
2 biji telur
2-3 titil esen vanila

Cara-cara :

1) Pukul sedikit butter & gula (sekadar rata).
2) Masukkan telur & vanilla, pukul sedikit (sekadar rata)
3) Masukkan susu segar, pukul sedikit, (sekadar rata)
4) Masukkan tepung & gaul rata dengan spatula (jgn lama).
5) Tuang ke dalam cup muffin anggaran 1/2 penuh & bakar pada suhu 200 dg (api atas bawah) selama 20 minit.

Nota :

* Untuk letak filling yang digemari - masukkan 1 sb adunan ke dalam cup, letakkan filling & tambah sedikit lagi adunan untuk tutup filling.

* Untuk kepelbagaian :
1) adunan muffin boleh ditambah dengan biskut oreo yang dihancurkan & hias dengan biskut oreo sebelum dibakar.
2) boleh dicampurkan perisa yang digemari seperti pandan, strawberi etc.
3) boleh hias muffin dengan chocolate chips, badam flakes etc... ikut kegemaran.

Wednesday, August 11, 2010

Roti Canai

Sumber : mamak yang pernah kerja dengan ayah dulu :)





Bahan-bahan : (anggaran 25 keping)
1 kg tepung gandum
2 cawan air
1 biji telur
2 sb susu pekat manis
3/4 cawan majerin
1 st garam
1 sb horlicks

Cara-cara :

1) Masukkan air di dalam bekas menguli, masukkan telur, susu, majerin, garam & horlicks.
2) Gaul dan satukan.
3) Masukkan tepung dan uli sehingga tepung tidak melekat di tangan dan lembut.
4) Biarkan selama 20 minit & buat bulat-bulat & masukkan di dalam bekas yang lain.
5) Tutup bekas & biarkan selama 4-5 jam. Kemudian bolehlah ditebar menjadi roti canai & goreng sehingga kekuningan. Sedia untuk dihidang.





Kek Coklat Kukus

Sumber : sudipkayu.blogspot




Bahan-bahan :
2 cawan tepung naik sendiri (bluekey)
1 cawan gula halus
1 cawan susu pekat manis
1 cawan milo
1 cawan serbuk koko
4 biji telur
1 cawan minyak masak
1 cawan air panas

Cara-cara :

Campurkan semua bahan satu persatu. Just pakai whisk... tak perlu pakai mixer... takut terlalu naik. Bancuh rata. Masukkan dalam loyang. Kukus selama 40 minit. Senang, sedap & moist.

* Saya masukkan dlm bekas kekcil so, kukus sekejap jer.

Sunday, August 8, 2010

Cempedak Goreng

Sumber : Kak Yah



Bahan-bahan :
Cempedak
Tepung gandum
Secubit baking powder
Secubit garam halus
Secubit serbuk kunyit
Sedikit air

Cara Membuatnya :

Satukan tepung gandum, baking powder, garam, kunyit & air. Gaul sehingga sebati. Air yang digunakan jangan terlalu banyak supaya adunan tidak terlalu cair... dan jangan pula terlalu pekat. Setelah sebati, masukan cempedak di dalam adunan. Panaskan minyak. Celup buah cempedak di dalam adunan & goreng sehingga kekuningan. Sedia untuk dihidang. Enak dimakan panas-panas.

Note :
Adunan ini memang rangup walaupun tidak menggunakan tepung beras.

Wednesday, August 4, 2010

Tofu In Creamy Sauce

Sumber : mamawandiha.blogspot



Ingredients :

4 keping tauhu & potong kiub 9
2 camb tepung jagung
2 camb tepung gandum
1 camt garam
1 camt black pepper

For the sauce :

1) Cut & pan dry the tofu on paper towel until dry. Lightly sprinkle some salt & pepper.
2) Combined all the coating ingredients like cornstarch, flour, salt & pepper in a plate. Dredged the tofu with the flour mixture.
3) Heat some oil & fried tofu until golden brown. Set it aside. Remove all the oil from the frying pan.
4) Heat up the butter in the same pan, stir fry the garlic, curry leaves & chillies until fragrant & lighly brown.
5) Add in the milk, salt, pepper & sugar & continue to stir until the milk thickens & milk evaporated. Add in the tofu & continue to stir fry until the tofu is well coated with the sauce.
6) Dish out & serve with rice.

Note :
The spiciness and amount of gravy can be adjust accordingly to suit your taste.

Agar-agar Santan Gula Merah

Sumber : yatiememories.blogspot


Bahan-bahan :

10 gm serbuk agar-agar
1/2 cawan gula merah
1/4 cawan gula putih
1150 ml air
120 ml air campur 1 paket santan Kara ( saya guna 100 ml santan)
1 biji telur dipukul dengan santan tadi
Secubit garam
1 helai daun pandan

Cara-cara :

1) Masak air dengan gula & daun pandan ( kalau guna gula merah cap bintang tak payah tapis)
2) Bila gula sudah larut masukkan serbuk agar-agar & kacau hingga semuanya larut.
3) Kecilkan api.
4) Kemudian, tuangkan campuran santan dengan telur, garam & kacau terus hingga mendidih.
5) Tuang ke dalam acuan yang anda suka.
6) Sejukkan baru di dinginkan dalam peti sejuk.

Popiah Kentang Goreng

Sumber : curlybabesatisfaction

Popiah kentang daging lembu

Popiah kentang daging ayam

Bahan-bahan :
Kulit popiah secukupnya
Minyak untuk menggoreng
Bahan-bahan untuk inti :
5 biji ubi kentang direbus empuk, dibuang kulit & dilecek
1 biji bawang besar , dicincang
2 biji bawang putih, dicincang
1/2 sk serbuk lada putih
Secubit serbuk lada hitam, kasar
5 sb daging cincang
1/2 cawan bawang goreng
Sepokok daun saderi, dicincang
Sepokok daun bawang, dicincang
Garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis

Cara Membuatnya :
1) Panaskan minyak & tumis bawang besar & bawang putih sehingga layu
2) Masukkan lada putih & lada hitam, kacau seketika
3) Masukkan daging cincang. Masak sehingga air daging kering
4) Perasakan dengan sedikit garam
5) Masukkan kentang lecek, kecilkan api.
6) Gaul rata semua & tutup api
7) Akhir sekali masukkan bawang goreng, daun saderi & daun bawang. Gaul rata. Sejukkan seketika.
8) Sediakan kulit popiah, isikan inti, gulung & goreng. Boleh dimakan begitu sahaja @ dicicah bersama sos pilihan.