Showing posts with label kek. Show all posts
Showing posts with label kek. Show all posts

Friday, November 12, 2010

Kek Batik

Sumber : Kak Zai


Bahan-bahan:

1 packet biskut Marie Munchies 300 gm (patahkan 4)
1 cawan milo
3/4 cawan susu pekat
2 sb majerin

Cara-cara:

1) Cairkan majerin di dalam kuali. Masukkan susu & kacau. Masukkan milo & kacau sebati.
2) Masukkan biskut tadi ke dalam loyang yang telah di alas dengan plastik tebal (senang nak keluarkan & potong nanti). Tekan kuat2 untuk padatkan biskut & ratakan. Biarkan sejuk seketika & bolehlah diletak di dalam peti sejuk. Boleh dipotong & sedia untuk dimakan.

Kek Asam Manis

Sumber : Mak Piza




Bahan-bahan:

5 biji telur
1 cawan gula pasir
1 cawan majerin
2 cawan biskut tawar besar
*hancurkan & blender hingga jadi seperti tepung
5 paket asam manis

Cara-cara:

1) Sediakan air kukusan di atas dapur.
2) Pukul majerin & gula hingga kembang. Masukkan telur. Pukul lagi. Masukkan tepung biskut. Pukul hingga sebati.
3) Bahagikan kepada 2 bahagian adunan. Sat adunan berwarna kuning & satu lagi berwarna hijau.
4) Masukkan 1/3 adunan berwarna hijau ke dalam loyang dan kukus selama 10 minit.
5) Angkat loyang tersebut & susun kepingan asam manis menutupi loyang. Kemudian masukkan adunan berwarna kuning & kukus lagi selama 10 minit. Ulang sehingga siap.

Wednesday, September 29, 2010

Kek Coklat Kukus

Sumber : sudipkayu.blogspot

Bahan-bahan :

2 cawan tepung naik sendiri (bluekey)
1 cawan gula halus
1 cawan susu pekat manis
1 cawan milo
1 cawan serbuk koko
4 biji telur
1 cawan minyak masak
1 cawan air panas

Cara-cara :

Campurkan semua bahan satu persatu menggunakan whisk... bancuh rata... kukus selama 40 minit. Bila dah sejuk boleh letakkan toping coklat dia atasnya.

Coklat toping:

1/2 cawan srbuk koko
1/2 tin susu pekat manis

Masak serbuk koko & susu pekat manis sehingga pekat.

Thursday, August 12, 2010

Kek Pisang

Sumber: Mak Su Nah Nasir



Bahan-bahan:

1 cawan gula
1 cawan majerin
1 cawan pisang - dilenyek
1 camb soda bikarbonate
1 cawan susu pekat manis
1 biji limau nipis
3 cawan gandum
2 biji telur

Cara-cara :

Putar majerin & gula. Kemudian masukkan telur satu demi satu. Selepas itu masukkan pisang & susu yang telah dicampur dengan limau nipis. kemudian masukkan gandum yang telah diayak bersama soda bikarbonate. Gaul rata. Masukkan adunan kedalam loyang & bakar sehingga masak. Sedia untuk dihidang.

Chocolate Moist Cake

Sumber : Restoran Pak Amir






Bahan A:
1 ketul buttercup
1 cawan gula halus
6 biji telur
1 1/2 cawan tepung naik sendiri (bluekey)

Bahan B:
1 cawan gula
1 cawan serbuk koko
Sedikit air
* Semua bahan B dimasak atas api yang perlahan - masak hingga nampak pekat & sejukkan

Bahan C (untuk topping) :
1/2 tin susu pekat
1/2 cawan serbuk koko
* masak hingga pekat

Cara-cara:
Pukul buttercup & gula. Masukkan telur satu persatu. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga sebati. Masukkan bahan B yang telah dikacau & kacau hingga sebati. Masukkan dalam loyang dan bakar sehingga masak.

Wednesday, August 11, 2010

Kek Coklat Kukus

Sumber : sudipkayu.blogspot




Bahan-bahan :
2 cawan tepung naik sendiri (bluekey)
1 cawan gula halus
1 cawan susu pekat manis
1 cawan milo
1 cawan serbuk koko
4 biji telur
1 cawan minyak masak
1 cawan air panas

Cara-cara :

Campurkan semua bahan satu persatu. Just pakai whisk... tak perlu pakai mixer... takut terlalu naik. Bancuh rata. Masukkan dalam loyang. Kukus selama 40 minit. Senang, sedap & moist.

* Saya masukkan dlm bekas kekcil so, kukus sekejap jer.

Sunday, November 15, 2009

Orange Chiffon Cake

Sumber : blog-3e.blogspot
Bahan A :
2 cawan self raising flour
1/2 camt garam halus
8 biji kuning telur gred A
1 cawan gula halus
1 cawan jus oren
1/2 cawan minyak jagung / sayur

Bahan B :
8 biji putih telur gred A
1 cawan gula halus
1 camt crean of tartar

Cara Membuatnya :
1- Panaskan oven pada suhu 180C. Dalam satu bekas, pukul kuning telur dengan gula hingga larut, masukkan kesemua bahan2 A & kacau semua sebati. Ketepikan.
2- Dalam bekas lain yang bersih & kering, bahan2 B dipukul sehingga kental, rata & sebati. Tuang dalam tin chiffon & bakar selama 1 jam @ hingga kek masak.
3-Sejukkan kek, then baru boleh makan.

Monday, October 5, 2009

Kek Minyak

Sumber :- Mak su Nah Nasir
Bahan-bahan :-
2 cawan gandum
1 cawan gula
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak
1 camt overlett special
1/2 camt esen vanilla
5 biji telur

Cara-cara :-
1) Pukul telur hingga kembang.
2) Masukkan esen vanilla, gula & overlett. Pukul lagi.
3) Masukkan minyak, susu pekat & tepung gandum. Pukul hingga sebati. Masukkan dalam loyang & bakar sehinnga masak.

Saturday, September 12, 2009

Kek Coklat Planta

Sumber : Belakang tin majerin Planta :))
Bahan-bahan :
1/2 cawan (120 gm) majerin Planta
1 1/2 cawan (180 gm) tepung gandum
1/4 cawan (20 gm) serbuk koko
1 camt (5 ml) sodium bikarbonate
1 cawan (200 gm) gula kastor
2 biji telur (saiz sederhana)
2/3 cawan (150 ml) air
1/4 camt esen vanila
1 camb (15 ml) air limau nipis

Cara Membuatnya :
1- Sapukan sedikit majerin Planta ke dalam tin kek berukuran 18 - 20 cm . Panaskan ketuhar pada suhu 180C.
2- cairkan 1/2 cawan majerin Planta menggunakan api kecil. Sejukkan.
3- Ayak tepung gandum, serbuk koko dan soda bikarbonat . Campurkan gula.
4- Pukul telur, air, esen vanila, majerin Planta yang dicairkan dan air asam limau dengan garfu hingga sebati. Tuangkan campuran ini ke dalam bahan2 yang diayak tadi dan kacau hingga sebati (adunan tidak perlu pukul)
5- Tuangkan adunan ke dalam tin yang telah disapu majerin. Masak dalam ketuhar panas selama 40 minit atau sehingga naik dan lidi dicucuh di tengah kek tidak melekat.

Kek Biasa

Sumber : Kak Mah

Bahan-bahan :
3 biji telur
1 cawan majerin
1 cawan gula
1 1/2 cawan gandum
1 camt esen vanila

Cara Membuatnya :
Pukul majerin dgn gula sampai kembang. Kemudian, masukkan telur satu persatu, pukul sampai kembang. Masukkan esen vanila. Akhir sekali masukkan gandum. Bakar selama 45 minit pada suhu 170 - 175 C.

Kek Spounge (Kek Gula Hangus)

Sumber : Kak Dah
Bahan-bahan :

2 cawan gula
2 cawan tepung gandum
2 cawan air
7 biji telur
1/2 tin susu pekat manis (tin tinggi)
2 camb soda bikarbonate
2 camb majerin
Sedikit esen vanila

Cara Membuatnya :
1- Gula dihanguskan sehingga berbuih, lalu dimasukkan air. Kacau hingga sebati dan masukkan majerin yang telah dicairkan. Biarkan hingga sejuk.
2- Ayakkan gandum dengan soda bikarbonate .
3- Pukul telur sehingga kembang.
4- Masukkan telur yang telah dipukul ke dalam gula hangus yang disejukkan tadi bergilir-gilir dengan gandum yang telah diayak sehingga habis.
5- Akhir sekali, masukkan susu & kacau hingga sebati.

Thursday, September 10, 2009

Kek Buah-buahan

Sumber : N/A
Bahan-bahan :

75 gm majerin
50 gm gula hangus
175 gm tepung gandum
100 gm kismis (current)
100 gm kismis kasar (raisen)
50 gm kulit limau (mixpeel)
25 gm ceri
2 camb manisan (golden syrup)
1 camt bicarbonate of soda
2 biji telur ayam
1/4 gelas air susu suam

Cara Membuatnya :

Putar majerin dengan gula sehingga kembang. Kemudian, masukkan golden syrup dan kacau hingga sebati. Masukkan pula semua jenis buah-buahan sambil dikacau hingga sama bergaul. Masukkan tepung yang siap di ayak dengan bicarbonate of soda sambil dikacau perlahan-lahan hingga sebati. Masukkan ke dalam acuan yang siap berminyak dan beralas kertas. Bakar dalam ketihar dengan suhu 350F.

Kek Badam

Sumber : N/A
Bahan-bahan :

450 gm tepung gandum
450 gula
8 biji telur
450 gm mentega
450 gm buah badam
2 camt baking powder

Cara Membuatnya :

1- Tepung diayak dgn baking powder. Buah badam dicincang, dibahagikan dua. Sati bahagian dijadikan tepung dan sebahagian lagi untuk ditabur diatasnya nanti.
2- Pukul gula dgn mentega sehingga kembang. Asingkan kuning & putih telur, kemudian masukkan kuning telur satu persatu ke dalam adunan mentega sambil dipukul lagi. Pukul putih telur berasingan hingga berbusar.
3- Masukkan tepung buah badam ke dalam adunan mentega sedikit-sedikit. Kemudian, masukkan pula tepung gandum sambil dibalik-balikkan adunan dgn pisau perlahan-lahan sambil digaul rata.
4- Sesudah itu, masukkan pula putih telur yang telah dipukul tadi sambil digaul rata. Sediakan sebuah adunan yang telah disapu dengan sedikit minyak. Sesudah itu, masukkan adunan tadi ke dalam loyang setinggi 5cm (2 inci). Aturkan buah badam yang di mayang tadi di atasnya, kemudian bakarlah untuk selama 45 minit.