Showing posts with label muffin. Show all posts
Showing posts with label muffin. Show all posts

Thursday, August 12, 2010

Aneka Muffin

Sumber : merpati66.blogspot






Bahan-bahan:
200 gm tepung naik sendiri
140 gm butter
120 gm gula
8tbsp susu segar
2 biji telur
2-3 titil esen vanila

Cara-cara :

1) Pukul sedikit butter & gula (sekadar rata).
2) Masukkan telur & vanilla, pukul sedikit (sekadar rata)
3) Masukkan susu segar, pukul sedikit, (sekadar rata)
4) Masukkan tepung & gaul rata dengan spatula (jgn lama).
5) Tuang ke dalam cup muffin anggaran 1/2 penuh & bakar pada suhu 200 dg (api atas bawah) selama 20 minit.

Nota :

* Untuk letak filling yang digemari - masukkan 1 sb adunan ke dalam cup, letakkan filling & tambah sedikit lagi adunan untuk tutup filling.

* Untuk kepelbagaian :
1) adunan muffin boleh ditambah dengan biskut oreo yang dihancurkan & hias dengan biskut oreo sebelum dibakar.
2) boleh dicampurkan perisa yang digemari seperti pandan, strawberi etc.
3) boleh hias muffin dengan chocolate chips, badam flakes etc... ikut kegemaran.

Monday, March 29, 2010

Chocolate Chips Muffin

Sumber : mylittledapur.blogspot (ct naemah)



Bahan-bahan :

Adunan 1
1 3/4 cawan tepung
1/4 cawan koko
1 cawan gula kastor
1 sk baking powder
1 sk soda bikarbonate
1/2 sk garam

Adunan 2
1 cawan susu segar
1 biji telur
1/3 cawan minyak
1 sk esen vanilla
3/4 cawan chocolate chips

Cara-cara :
1) Kacau rata adunan 2 dengan whisker kecuali chocolate chips
2) Masukkan adunan 1
3) Masukkan chocolate chips, jangan kacau lama, sebatikan sahaja, nanti muffin keras
4) Bakar 15 minit @ hingga masak @ 180C / 190C

*** Kalau nak buat plain muffin, tukar tepung jadi 2 cawan

Saturday, December 5, 2009

Vanilla Muffin

Sumber : kedaisiber.com

Bahan-bahan :
8 tbsp mentega, dicairkan
4 cawan tepung
2 cawan gula
2 cawan susu segar
4 tbsp baking powder
1 tsp garam
2 biji telur
1 tbsp vanilla

Cara-cara :
1) Gaulkan kesemua bahan sehingga sebati
2) Isikan adunan tadi ke dalam bekas muffin
3) Bakar selama 20 minit/180C