Wednesday, August 4, 2010

Agar-agar Santan Gula Merah

Sumber : yatiememories.blogspot


Bahan-bahan :

10 gm serbuk agar-agar
1/2 cawan gula merah
1/4 cawan gula putih
1150 ml air
120 ml air campur 1 paket santan Kara ( saya guna 100 ml santan)
1 biji telur dipukul dengan santan tadi
Secubit garam
1 helai daun pandan

Cara-cara :

1) Masak air dengan gula & daun pandan ( kalau guna gula merah cap bintang tak payah tapis)
2) Bila gula sudah larut masukkan serbuk agar-agar & kacau hingga semuanya larut.
3) Kecilkan api.
4) Kemudian, tuangkan campuran santan dengan telur, garam & kacau terus hingga mendidih.
5) Tuang ke dalam acuan yang anda suka.
6) Sejukkan baru di dinginkan dalam peti sejuk.

Popiah Kentang Goreng

Sumber : curlybabesatisfaction

Popiah kentang daging lembu

Popiah kentang daging ayam

Bahan-bahan :
Kulit popiah secukupnya
Minyak untuk menggoreng
Bahan-bahan untuk inti :
5 biji ubi kentang direbus empuk, dibuang kulit & dilecek
1 biji bawang besar , dicincang
2 biji bawang putih, dicincang
1/2 sk serbuk lada putih
Secubit serbuk lada hitam, kasar
5 sb daging cincang
1/2 cawan bawang goreng
Sepokok daun saderi, dicincang
Sepokok daun bawang, dicincang
Garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis

Cara Membuatnya :
1) Panaskan minyak & tumis bawang besar & bawang putih sehingga layu
2) Masukkan lada putih & lada hitam, kacau seketika
3) Masukkan daging cincang. Masak sehingga air daging kering
4) Perasakan dengan sedikit garam
5) Masukkan kentang lecek, kecilkan api.
6) Gaul rata semua & tutup api
7) Akhir sekali masukkan bawang goreng, daun saderi & daun bawang. Gaul rata. Sejukkan seketika.
8) Sediakan kulit popiah, isikan inti, gulung & goreng. Boleh dimakan begitu sahaja @ dicicah bersama sos pilihan.

Tuesday, June 22, 2010

Gulai Darat Daging

Sumber : Bonda


Bahan Kisar (agak-agak)
   Lengkuas
   Kunyit
   Lada Kering
   Bawang putih - 1 ulas
   Bawang merah
   Ketumbar

Bahan-bahan tambahan
  Santan
   Asam Gelugor
   Garam / Perasa

Cara-cara :
1) Blender semua bahan yang perlu dikisar.
2) Gaul bersama ayam / daging
3) Letak atas dapur, biar sehingga air daging kering/mendidih.
4) Masukkan santan. Perasakan.
5) Angkat bila daging dah betul2 empuk.

Masak Lemak Udang

Sumber : resepinoraini



Bahan-bahan :
   600 gm udang sederhana besar
   1 biji kelapa - ambil 3 cawan santan
   10 biji cili api
   1 inci kunyit hidup
   1 biji bawang merah (kecil)
   2 batang serai, diketuk
   garam secukup rasa

Cara Memasak
1) Udang dibersihkan
2) Tumbuk cili api, garam & kunyit hingga . Masukkan bawang & tumbuk lagi.
3) Masukkan bahan tumbuk dalam periuk bersama serai & santan. Kacau rata.
4) Buka api sederhana & masak kuah itu sehingga hampir mendidih. Masukkan garam secukup rasa.

Tuesday, May 4, 2010

Daging Masak Merah

Sumber : Myresepi


Bahan-bahan:
   1/2 kg daging (dipotong nipis & direbus dgn pewarna merah sehingga lembut)
   1 biji bawang besar - dimayang
   1 biji capsicum hijau
   1 cm halia
   2 ulas bawang putih
   2 sb sos cili
   2 sb sos tomato
   2 sb sos tiram
   Garam secukup rasa

Note : Kalau ada... boleh letak kacang buncis, daun bawang & daun sup ....klu tak der pun tak per...

Cara Membuatnya :
1) Tumiskan bawang besar, bawang putih & halia sehingga kekuningan
2) Masukkan sos cili, sos tomato & sos tiram... klu kering, letak sedikit air.... klu suka berkuah, boleh letak banyak sikit air, tapi jgn banyak sangat...
3) Masukkan garam, serbuk perasa klu suka boleh letak...
4) Masukkan daging rebus tadi, masak hingga sebati
5) Masukkan capsicum hijau tadi (Dani tak letak pun)
6) Boleh dimakan dgn nasi putih @ jadikan lauk nasi goreng USA

Rich Chocolate Puding

Sumber : sue-hasue.blogspot



Bahan-bahan: (1 loyang sederhana besar)
1/2 cawan serbuk koko
1 cawan gula
1/2 cawan tepung susu
1/2 camt garam
4 1/4 cawan air
4 camb tepung jagung
1/2 esen vanilla
3 camb butter
1 paket serbuk agar-agar (10-11 gm)

Cara-cara :
1) Campurkan semua bahan kecuali butter & kacau selalu hingga mendidih
2) Masukkan butter, kacau hingga pekat
3) Angkat & masukkan ke dalam loyang @ acuan yg disukai
4) Untuk puding ini & puding2 lain, klu nak senang keluarkan bila dah beku, basahkan dulu acuan sblm masukkan puding..

Saturday, April 24, 2010

Roti Gula Mentega

Sumber : sue-hasue.blogspot



Bahan-bahan :
1 buku roti- guna roti yg dah siap buang tepi
Butter @ majerin
Gula pasir secukupnya

Cara Membuatnya :
1- Sapukan roti dengan butter @ majerin secukupnya, setelah itu taburkan gula ikut suka manis. Susun di dalam dulang pembakar.
2- Panaskan oven pada 180 darjah celcius selama 5 minit, masukkan roti ke dalam oven & kecilkan suhu pada 120 - 150 darjah celcius bergantung kepada oven masing-masing.
3- Bakar selama 15 - 20 minit. Siap untuk dihidang.