Monday, December 6, 2010

Karipap Pusing

Sumber : Myresepi




Bahan-bahan :

DOH BERMINYAK :

300 gm tepung gandum
150 gm margerine + crisco
* gantikan butter & crisco pun boleh, ikut suka @ pun snowbrand shortening @ apa2 jenis minyak sayur

DOH BIASA :

700 gm tepung gandum
1 camt garam
air ( anggaran dlm 2 cawan, klu doh lembik tambah sedikit tepung)

Cara-cara :

STEP 1 : DOH BERMINYAK :

1) Margerine + crisco, diuli dengan 300 gm tepung... uli hingga doh licin & tidak melekat.
2) Uli doh sampai seolah-olah berminyak. Kalau penat nak uli yang doh besar uli yang kecik2 lagi cepat. Kalau tak uli dengan betul nanti doh seolah-olah pecah bila goreng... nanti karipap jadi berderai. Jadikan kepada 8 doh.

3) STEP 2 : DOH BIASA :
700 gm tepung gandum + air garam. Uli hingga licin seperti STEP 1 & bahagikan kepada 8 doh.

STEP 3 :
Ambil doh biasa, canaikan sedikit jgn besar sgt & letakkan doh berminyak di atasnya & balut semula menjadi doh yang besar.

STEP 4 :
Ambil doh yang telah dijadikan satu tersebut & terap /canai sehingga nipis saiz roti canai. Belah tengah & ambil satu bahagian kemudian gulung seperti menggulung tikar.

STEP 5:
Setelah itu anda akan dapat 2 doh gulungan tikar. Ambil satu doh gulung tikar & canai/terap lagi dalam keadaan melonjong hingga nipis & berhati-hati semasa mencanai. Biarkan bentuknya lonjong kemudian glung semula seperti gulungan tikar & ikut langkah seterusnya. Proses menggulung adalah sebanyak 2 kali di sini.

STEP 6 :
Doh yang telah digulung kali kedua kemudian dipotong kepada 4 bahagian. Terpulang kepada masing2 hendak potong berapa bahagian, bergantung kepada saiz doh yang telah di gulung.

Setelah doh dipotong, canaikan semula (spt cara membuat karipap biasa) & letakkan inti karipap. Kemudian klim seperti biasa.

Dah siap & nampaklah jalur karipap itu. Boleh disimpan di dalam peti sejuk selama seminggu.

No comments:

Post a Comment