Showing posts with label kuih muih. Show all posts
Showing posts with label kuih muih. Show all posts

Monday, December 6, 2010

Kuih Ketayap

Sumber : CMG

Bahan-bahan :

300 gm tepung gandum
4 camb tepung ubi
1 camt paste pandan
650 ml air
50 ml minyak masak
1/2 camt garam
inti kelapa secukupnya

Cara-cara :

1) Satukan tepung gandum, tepung ubi kayu & garam. Gaul rata. Tuang air sedikit demi sedikit & gaul hingga sebati, kacau dengan whisk hingga rata.
2) masukkan paste pandan & minyak masak, kacau hingga sebati & tapis. Biar 10 minit. Panaskan non-stick pan. Sapu sedikit minyak & tuang 1/3 cawan adunan & ratakan.
3) Masak hingga permukaan kuih dadar berubah pucat, guna api perlahan. alih ke dalam pinggan, sudukan satu camt inti kelapa & gulung kemas. Buat hingga siap.

Burger Malaysia & Pau Kukus


Sumber : Myresepi





Bahan-bahan :

* 200 gm tepung gandum
* 140 ml susu / air
* 2 sb butter / margerine
* 2 1/2 sb gula halus
* 1/2 sk garam
* 2 sk dry yeast
minyak untuk menggoreng
sambal ikan bilis
timun (di hiris bulat)

Cara-cara:

1) Masukkan ke dalam mangkuk bahan2 bertanda (*). Uli sehingga tidak melekat kat tangan. Buat bulat besar. Biarkan kembang 2 kali ganda.
2) Lepas tu, tumbuk doh roti tadi untuk keluarkan angin. Kemudian bahagikan kepada 8 bahagian. Buat bentuk bulat2.
3) Biarkan naik 2 kali ganda lagi. Kemudian goreng dalam minyak sederhana panas sehingga kekuningan.
4) Belah 2 roti yang masak tapi jangan samapai putus. isikan dengan sambal bilis & juga timun yang dihiris nipis. Sedia untuk dihidang.

Puteri Ayu

Sumber : Myresepi




Bahan-bahan :

5 biji telur (saiz kecil)
250 gm tepung gandum
300 gm gula
2 camt ovallete
1 camt baking powder
250 ml santan
Pewarna hijau
2 camt paste pandan
Kelapa putih secukupnya (digaul dgn sedikit garam & tepung ubi)

Cara-cara :

1) Panaskan kukusan.
2) Pukul telur, gula & ovallete hingga kembang & gebu.
3) Masukkan santan, tepung gandum, baking powder, paste pandan & pewarna. Kacau sebati.
4) sapu sedikit minyak pada acuan. Masukkan kelapa di bahagian bawah acuan & mampatkan.
5) Masukkan adunan & kukus selama lebih kurang 5 minit.
6) Setelah dikeluarkan dari kukusan, tunggu ia sejuk sedikit supaya senang dikeluarkan dari acuan.

Karipap Pusing

Sumber : Myresepi




Bahan-bahan :

DOH BERMINYAK :

300 gm tepung gandum
150 gm margerine + crisco
* gantikan butter & crisco pun boleh, ikut suka @ pun snowbrand shortening @ apa2 jenis minyak sayur

DOH BIASA :

700 gm tepung gandum
1 camt garam
air ( anggaran dlm 2 cawan, klu doh lembik tambah sedikit tepung)

Cara-cara :

STEP 1 : DOH BERMINYAK :

1) Margerine + crisco, diuli dengan 300 gm tepung... uli hingga doh licin & tidak melekat.
2) Uli doh sampai seolah-olah berminyak. Kalau penat nak uli yang doh besar uli yang kecik2 lagi cepat. Kalau tak uli dengan betul nanti doh seolah-olah pecah bila goreng... nanti karipap jadi berderai. Jadikan kepada 8 doh.

3) STEP 2 : DOH BIASA :
700 gm tepung gandum + air garam. Uli hingga licin seperti STEP 1 & bahagikan kepada 8 doh.

STEP 3 :
Ambil doh biasa, canaikan sedikit jgn besar sgt & letakkan doh berminyak di atasnya & balut semula menjadi doh yang besar.

STEP 4 :
Ambil doh yang telah dijadikan satu tersebut & terap /canai sehingga nipis saiz roti canai. Belah tengah & ambil satu bahagian kemudian gulung seperti menggulung tikar.

STEP 5:
Setelah itu anda akan dapat 2 doh gulungan tikar. Ambil satu doh gulung tikar & canai/terap lagi dalam keadaan melonjong hingga nipis & berhati-hati semasa mencanai. Biarkan bentuknya lonjong kemudian glung semula seperti gulungan tikar & ikut langkah seterusnya. Proses menggulung adalah sebanyak 2 kali di sini.

STEP 6 :
Doh yang telah digulung kali kedua kemudian dipotong kepada 4 bahagian. Terpulang kepada masing2 hendak potong berapa bahagian, bergantung kepada saiz doh yang telah di gulung.

Setelah doh dipotong, canaikan semula (spt cara membuat karipap biasa) & letakkan inti karipap. Kemudian klim seperti biasa.

Dah siap & nampaklah jalur karipap itu. Boleh disimpan di dalam peti sejuk selama seminggu.

Wednesday, August 18, 2010

Popiah Sayur PERTAMA

Sumber : belakang packing kulit popiah brand PERTAMA :))



Bahan-bahan :

300 gm kobis - dicincang
200 gm lobak merah - dicincang
200 gm rebung buluh - dicincang (tak letak sbb tak der)
2 ketul tauhu - dihiris halus
5 gm bawang putih - dimayang halus
5 gm bawang merah - dimayang halus
100 gm taugeh
50 gm kacang pis (tak letak sbb tak der)
Minyak masak
Lada sulah
Gula
Garam
Perasa

Cara Penyediaan:

1) Tumis bawang putih & bawang merah yang telah dicincang halus itu di dalam satu sudu minyak masak.
2) Masukkan kobis, lobak merah, rebung buluh, tauhu, taugeh& kacang pis.
3) Kacau sambil digoreng sehingga masak. Tambahkan gula, lada sulah, garam & ramuan secukup rasa.
4) Balut inti yang telah dimasak dengan kulit popiah. Goreng popiah sehingga warnanya bertukar keemasan. Toskan minyaknya & hidangkan panas-panas.

Sunday, August 8, 2010

Cempedak Goreng

Sumber : Kak Yah



Bahan-bahan :
Cempedak
Tepung gandum
Secubit baking powder
Secubit garam halus
Secubit serbuk kunyit
Sedikit air

Cara Membuatnya :

Satukan tepung gandum, baking powder, garam, kunyit & air. Gaul sehingga sebati. Air yang digunakan jangan terlalu banyak supaya adunan tidak terlalu cair... dan jangan pula terlalu pekat. Setelah sebati, masukan cempedak di dalam adunan. Panaskan minyak. Celup buah cempedak di dalam adunan & goreng sehingga kekuningan. Sedia untuk dihidang. Enak dimakan panas-panas.

Note :
Adunan ini memang rangup walaupun tidak menggunakan tepung beras.

Wednesday, August 4, 2010

Popiah Kentang Goreng

Sumber : curlybabesatisfaction

Popiah kentang daging lembu

Popiah kentang daging ayam

Bahan-bahan :
Kulit popiah secukupnya
Minyak untuk menggoreng
Bahan-bahan untuk inti :
5 biji ubi kentang direbus empuk, dibuang kulit & dilecek
1 biji bawang besar , dicincang
2 biji bawang putih, dicincang
1/2 sk serbuk lada putih
Secubit serbuk lada hitam, kasar
5 sb daging cincang
1/2 cawan bawang goreng
Sepokok daun saderi, dicincang
Sepokok daun bawang, dicincang
Garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis

Cara Membuatnya :
1) Panaskan minyak & tumis bawang besar & bawang putih sehingga layu
2) Masukkan lada putih & lada hitam, kacau seketika
3) Masukkan daging cincang. Masak sehingga air daging kering
4) Perasakan dengan sedikit garam
5) Masukkan kentang lecek, kecilkan api.
6) Gaul rata semua & tutup api
7) Akhir sekali masukkan bawang goreng, daun saderi & daun bawang. Gaul rata. Sejukkan seketika.
8) Sediakan kulit popiah, isikan inti, gulung & goreng. Boleh dimakan begitu sahaja @ dicicah bersama sos pilihan.

Friday, November 20, 2009

Samosa

Sumber : Rasa Mei'09

Bahan-bahan :
Kulit popia secukupnya - dipotong tiga & lapis2

Bahan-bahan Inti :
200 gm sayur campur - celur
1 kiub pati ayam
1 camt sos tiram
Minyak bijan secukupnya

Cara- Cara
1- Satukan kesemua bahan inti tadi & gaul sebati. Ketepikan.
2- Ambil kulit popia tadi & lipat segitiga.
3- Masukkan sedikit inti & lipat membentuk segitiga. Lakukan sehingga adunan habis.
4- Panaskan minyak di dalam kuali & goreng sehingga kekuningan.
5- Sedia dinikmati bersama sos cili.

Sunday, November 15, 2009

Akok

Sumber : yatiezaini.blogspot
Bahan-bahan :
5 biji telur
200 ml pati santan
100 ml air
150 gm gula manisan (gula melaka) - boleh kurangkan ikut selera
30 gm tepung gandum
3 helai daun pandan - disiat2
2 cubit garam halus

Cara Membuatnya :
1- Masak air bersama gula melaka hingga mendidih. Tutupkan api.
2- Masukkan santan. Tunggu suan sedikit, kemudian masukkan telur, tepung & daun pandan , gaul rata. tapiskan untuk menghilangkan ketulan tepung.
3- Panaskan oven pada suhu 200C. Panaskan acuan baulu ke dalamnya. Masukkan sedikit minyak dalam setiap acuan.
4- Isi penuh acuan & bakar selama 10 minit. Kuih ini akan mengembang. Bila dikeluarkan dari oven ia akan sedikit mengecut.

Saturday, November 14, 2009

Cempedak Goreng

Sumber : Kak Hanieliza
Bahan-bahan :
Isi Buah cempedak
Minyak masak
Bahan Batter :
2 cawan tepung beras
1 biji telur
1 camt air kapur
1 camt kunyit serbuk
Garam secukup rasa
Air secukup pekat

Cara membuatnya :
1- Bancuhkan bahan batter sehingga rata & biarkan sekejap. Jangan cair sangat.
2- Panaskan minyak yg banyak.
3- Masukkan isi buah cempedak dlm bahan batter & jemptkan ke dalam kuali.
4- Bila telah kuning keemasan, angkat & toskan dalam tapisan sayuran.
Hidangkan.

Monday, October 26, 2009

Blueberry Cheese Tart

Sumber : Rinnchan.fotopages



Bahan-bahan :

Untuk Doh Pastri
125 gm butter
40 gm gula aising
220 gm tepung gandum
1/2 tsp esen vanila

Kaedah Penyediaan
1) Satukan semua bahan & uli sehingga menjadi doh.
2) Ambil sebahagian kecol doh & tekankan dalam acuan tart.
3) Cucuk2 pastri menggunakan garpu & bakar doh pastri selama 8-10 minit @ sehingga separuh masak pada suhu 175C
4) Sementara itu sediakan bahan isian cheese.

Bahan Isian Cheese
250 gm cream cheese
3/4 cawan gula aising
1 biji telur
1/2 cawan whipping cream
1 camt esen vanilla
Blueberry filling secukupnya

Nota : Sukatan isian cheese ini sebenarnya boleh cater utk 2 sukatan doh pastri di atas.

Kaedah Penyediaan
1) Pukul cheese & telur hingga sebati
2) Masukkan esen vanila & telur & whipping cream
3) Teruskan memukul adunan sehingga kelihatan berkrim.
4) Tuangkan adunan secukupnya ke dalam pastri separuh masak tadi & sudukan blueberry filling di tengah-tengahnya
5) Masukkan kembali ke dalam oven & bakar selama 15-20 minit pada suhu 175C. sejukkan sebelum dialih dari acuan & di letak di dalam paper cup.

Sunday, October 25, 2009

Sardine Roll

Sumber : Resepi.net
Bahan-bahan :

PASTRI
250 gm mentega sejuk
500 gm tepung gandum
Secubit garam
Air sejuk

CARA
1) Gaulkan mentega & tepung dengan tangan sehingga menjadi seperti breadcrumbs.
2) Masukkan garam & air sejuk & uli sehingga menjadi doh
3) Balutkan doh dengan plastik & sejukkan di dalam peti ais sementara membuat fillingnya.

FILLING
1 tin sardin dalam sos tomato
Bawang besar cincang
Hirisan cili
Perapan limau / lemon secukupnya
Garam secukup rasa

CARA
Hancurkan ikan sardin & masukkan bahan2 lain.

CARA MEMBUAT SARDINE ROLL
1) Keluarkan doh dari peti ais. Gelekkannya dengan rolling pin hingga nipis. Potong kepada bentuk segiempat tepat.
2) Letakkan filling di atas doh & roll.
3) Hiris-hiriskan bahagian atas doh (jangan sampai putus) sebelum sapu telur kuning di atas doh tersebut.
4) Bakar selama 40 minit dalam kepanasan 175C.

Kuih Kasui Kak Nur

Sumber : Resepi.net



Bahan-bahan :
80 gm tepung beras
80 gm tepung ubi / sagu
100 gm gula pasir
100 gm gula merah / gula melaka
550 gm air
1/2 camt air limau nipis / air kapur sireh

Cara Membuatnya :
1) Masak air & gula, bila dah larut tapiskan, biarkan sejuk sedikit.
2) Panaskan kukusan, letak loyang 9X9 inci & sapu minyak sikit kat loyang.
3) Campur semua bahan dengan air gula tadi, kacau dalam periuk hingga naik wap (hingga adunan bergetil sedikit)
4) Tuang dalam loyang yang dah panas, kukus sampai masak.

Nota : Tambahkan choc paste / nescafe untuk bau lebih sedap

Saturday, September 12, 2009

Rempeyek

Sumber : Mak Diba - Felda Nitar 3
Bahan-bahan :
1 pkt tepung beras @ 500 gm (Cap 5 Gajah)
2 biji kelapa
2 biji telur
Kacang tanah/kacang hijau (ikut suka)
Ketumbar
Jintan manis
5 ulas bawang putih
Garam
Serbuk perasa

Cara Membuatnya :
Masukkan rempah2, bancuhkan dengan santan dan tepung beras sehingga sebati. Lender bancuhan yang telah siap supaya tidak berketul. Bila nak goreng, asingkan dalam mangkuk kecil. Masukkan bancuhan tadi dan masukkan kacang secukupnya dan tiraikan di dalam minyak panas.