Friday, November 15, 2013

Siakap Tiga Rasa

Sumber : dayangjck blogspot

Bahan-bahan :

1 ekor ikan siakap (letak garam kumyit & sblm goreng lumurkan dgn tepung jagung : goreng sampai masak)
1 labu bawang besar(hiris dadu)
3 biji bawang merah (dimayang)
2 ulas bawang putih (dimayang)
1/2 inci halia (dihiris)
1 batang serai (diketuk)
5 helai daun limau purut (disiat-siat)
10 biji cili padi (dihiris) *** kalau tak suka pedas kurangkan 
4 sb sos cili 
2 sb sos tomato @ sos plum
1 1/2 sb sos tiram
Hirisan nenas, epal , tomato, timun, cili benggala dsbg..

Cara-cara :

  1. Panaskan minyak. Tumis bawang besar, serai, bawang putih, bawang merah, cili padi, daun limau purut & halia sehingga wangi.
  2. Kemudian masukkan sos cili, sos tomato & sos tiram. Masukkan lebih air klu suka kuah banyak. Boleh tambah gula & garam kalau suka.
  3. Seterusnya masukkan tomato, nanas, timun, epal & cili benggala. 
  4. Setelah masak, angkat & tuangkan kuah tadi ke atas ikan yang sudah digoreng tadi. 
  5. Hidangkan.




Saturday, September 1, 2012

Puding Susu Buah-buahan

Sumber : Jun Yummylicious


Bahan-bahan :

1 paket serbuk agar-agar (11gm)
2 biji telur
1/2 tin susu cair
4 cawan air
1 cawan gula
2-3 sb tepung kastad
1 tin fruit cocktail

Cara-cara :
Masak agar-agar, air & gula hingga larut. Sementara itu, pukul telur, campurkan dengan tepung kastad, kacau rata & ketepikan. Bila agar-agar mendidih, masukkan susu cair, campuran telur & fruit  cocktail. Masukkan ke dalam loyang / acuan & sejukkan. Hidangkan.

Monday, December 6, 2010

Kuih Ketayap

Sumber : CMG

Bahan-bahan :

300 gm tepung gandum
4 camb tepung ubi
1 camt paste pandan
650 ml air
50 ml minyak masak
1/2 camt garam
inti kelapa secukupnya

Cara-cara :

1) Satukan tepung gandum, tepung ubi kayu & garam. Gaul rata. Tuang air sedikit demi sedikit & gaul hingga sebati, kacau dengan whisk hingga rata.
2) masukkan paste pandan & minyak masak, kacau hingga sebati & tapis. Biar 10 minit. Panaskan non-stick pan. Sapu sedikit minyak & tuang 1/3 cawan adunan & ratakan.
3) Masak hingga permukaan kuih dadar berubah pucat, guna api perlahan. alih ke dalam pinggan, sudukan satu camt inti kelapa & gulung kemas. Buat hingga siap.

Apam Coklat

Sumber : darurumahkakton.blogspot



Bahan-bahan :

1 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan air
1 biji telur
1/2 sk soda bikarbonate
1 @ 2 sb serbuk koko

Cara-cara:

1) Mixerkan semua bahan @ kacau dengan whisker hingga sebati.
2) Kukus dalam acuan 10 - 15 minit.

Burger Malaysia & Pau Kukus


Sumber : Myresepi





Bahan-bahan :

* 200 gm tepung gandum
* 140 ml susu / air
* 2 sb butter / margerine
* 2 1/2 sb gula halus
* 1/2 sk garam
* 2 sk dry yeast
minyak untuk menggoreng
sambal ikan bilis
timun (di hiris bulat)

Cara-cara:

1) Masukkan ke dalam mangkuk bahan2 bertanda (*). Uli sehingga tidak melekat kat tangan. Buat bulat besar. Biarkan kembang 2 kali ganda.
2) Lepas tu, tumbuk doh roti tadi untuk keluarkan angin. Kemudian bahagikan kepada 8 bahagian. Buat bentuk bulat2.
3) Biarkan naik 2 kali ganda lagi. Kemudian goreng dalam minyak sederhana panas sehingga kekuningan.
4) Belah 2 roti yang masak tapi jangan samapai putus. isikan dengan sambal bilis & juga timun yang dihiris nipis. Sedia untuk dihidang.

Puteri Ayu

Sumber : Myresepi




Bahan-bahan :

5 biji telur (saiz kecil)
250 gm tepung gandum
300 gm gula
2 camt ovallete
1 camt baking powder
250 ml santan
Pewarna hijau
2 camt paste pandan
Kelapa putih secukupnya (digaul dgn sedikit garam & tepung ubi)

Cara-cara :

1) Panaskan kukusan.
2) Pukul telur, gula & ovallete hingga kembang & gebu.
3) Masukkan santan, tepung gandum, baking powder, paste pandan & pewarna. Kacau sebati.
4) sapu sedikit minyak pada acuan. Masukkan kelapa di bahagian bawah acuan & mampatkan.
5) Masukkan adunan & kukus selama lebih kurang 5 minit.
6) Setelah dikeluarkan dari kukusan, tunggu ia sejuk sedikit supaya senang dikeluarkan dari acuan.

Karipap Pusing

Sumber : Myresepi




Bahan-bahan :

DOH BERMINYAK :

300 gm tepung gandum
150 gm margerine + crisco
* gantikan butter & crisco pun boleh, ikut suka @ pun snowbrand shortening @ apa2 jenis minyak sayur

DOH BIASA :

700 gm tepung gandum
1 camt garam
air ( anggaran dlm 2 cawan, klu doh lembik tambah sedikit tepung)

Cara-cara :

STEP 1 : DOH BERMINYAK :

1) Margerine + crisco, diuli dengan 300 gm tepung... uli hingga doh licin & tidak melekat.
2) Uli doh sampai seolah-olah berminyak. Kalau penat nak uli yang doh besar uli yang kecik2 lagi cepat. Kalau tak uli dengan betul nanti doh seolah-olah pecah bila goreng... nanti karipap jadi berderai. Jadikan kepada 8 doh.

3) STEP 2 : DOH BIASA :
700 gm tepung gandum + air garam. Uli hingga licin seperti STEP 1 & bahagikan kepada 8 doh.

STEP 3 :
Ambil doh biasa, canaikan sedikit jgn besar sgt & letakkan doh berminyak di atasnya & balut semula menjadi doh yang besar.

STEP 4 :
Ambil doh yang telah dijadikan satu tersebut & terap /canai sehingga nipis saiz roti canai. Belah tengah & ambil satu bahagian kemudian gulung seperti menggulung tikar.

STEP 5:
Setelah itu anda akan dapat 2 doh gulungan tikar. Ambil satu doh gulung tikar & canai/terap lagi dalam keadaan melonjong hingga nipis & berhati-hati semasa mencanai. Biarkan bentuknya lonjong kemudian glung semula seperti gulungan tikar & ikut langkah seterusnya. Proses menggulung adalah sebanyak 2 kali di sini.

STEP 6 :
Doh yang telah digulung kali kedua kemudian dipotong kepada 4 bahagian. Terpulang kepada masing2 hendak potong berapa bahagian, bergantung kepada saiz doh yang telah di gulung.

Setelah doh dipotong, canaikan semula (spt cara membuat karipap biasa) & letakkan inti karipap. Kemudian klim seperti biasa.

Dah siap & nampaklah jalur karipap itu. Boleh disimpan di dalam peti sejuk selama seminggu.