Showing posts with label Tips dan Petua. Show all posts
Showing posts with label Tips dan Petua. Show all posts

Friday, September 11, 2009

Tiga tip Terbaik Si Kecil

Sumber : Majalah Rasa Mei'09



1- Jangan paksa anak and makan. Mereka lebih mengetahui bila mereka perlu makan dan bila perlu mereka berhenti daripada makan. Gunakan psikologi untuk memberi kebebasan mereka makan tetapi dikawal dari segi nutrisinya.
2- Beri anak anda makan pelbagai jenis makanan terutamanya buah-buahan dan sayur-sayuran supaya mereka lebih mengenali apa yang mereka makan dan gemarkan. tidak secara langsung mereka mampu menyerap kesemua nutrisi yang dibekalkan.
3- Air amat penting untuk tumbesaran. Jadi sentiasalah bekalkan anak anda dengan air kosong mahupun susu sepanjang masa. Ia membantu kecergasan otak & stamina untuk bergerak aktif

Nasi Lemak Cara Sihat

Sumber : Majalah Rasa Julai 2009

Ramai orang tidak mampu mengenepikan nasi lemak setiap hari kerana menjadi kebiasaan sejak dulu. Tidak salah mengambilnya setiap pagi kerana ia pemberi tenaga yang mencukupi. Malah, ia juga penyumbang sumber protein dan kalsium yang tinggi seperti telur, ayam dan juga daging. Yang menjadikan masalah adalah lemak dan garamnya yang tinggi. Bagaimana caranya ? Gunakanlah santan cair atau susu rendah lemak serta berusahalah mengurangkan garam. Elakkan dimakan bersama teh tarik, sebaliknya memilih segelas air suam.

Tip Anak : 10 Perkara Patut Elak

Sumber : Majalah Rasa Jul'09

1- Warna : Warna makanan yang sama & 'dal' boleh membuatkan anak rasa bosan & tidak mampu menarik minat mereka.
2- Makan Luar : Menyebabkan tumpuan anak pada makanan tidak sehebat ketika makan di rumah.
3- Makan Tidak Menentu : Menunjukkan teladan buruk seperti makan di depan televisyen mendorong anak melakukan perkara yg sama
4- Snek : Pengambilan makanan ringan sebelum waktu makan membuatkan anak kenyang & menolak makanan yang sepatutnya
5- Waktu : Waktu makanan yang berubah-ubah mengakibatkan keliru & terpaksa menahan lapar untuk tempoh peralihan.
6- Paksa : Memaksa anak makan hanya akan membuatkan mereka hilang selera & tidak menikmati sepenuhnya
7- Kritik : Komen negatif terhadap makanan di depan anak-anak boleh mengekang selera kepada makanan tersebut
8- Gangguan : Gangguan seperti alat mainan, televisyen & sebagainya yang dibawa ke meja makan menyebabkab anak hilang minat untuk makan
9-Marah : Berleter atau memarahi anak supaya menghabiskan makanan akan membuatkannya mereka takut & menjauhi waktu makan
10- Makan Sendirian : Menyebabkan anak berasa waktu makan adalah waktu paling menyedihkan
11- Tiada Kepelbagaian : Makanan yang sama setiap hari menyebabkan anak tidak kurang menikmati aneka jenis diet.

Daun Kari Tahan Lebih Lama

Sumber : Majalah Rasa Jul'09



Bahan-bahan :
Daun kari
Bekas penutup

Cara Membuat :
1- Leraikan daun kari daripada tangkainya
2- Masukkan ke dalam bekas bertutup
                             3- Tutup rapat & simpan di dalan peti sejuk

Telur Dadar Gebu

Sumber : Majalah Rasa Jul'09

Bahan-bahan :
1 biji Telur
1 camb Air

Cara Membuatnya :
1- Pecahkan telur di dalam mangkuk.
2- Masukkan air.
3- Pukul hingga kembang & goreng.

Petua Masak Telur Rebus

Sumber : Majalah Rasa Jul'09



Bahan-bahan :
Telur
Tisu
Air
Beras

Cara Membuat :
1- Lapkan telur.
2- Kemudian rebus di dalam periuk.
3- Masukkan sedikit beras & biarkan hingga beras masak & angkat.

Segarkan Aroma Dalam Ketuhar

Sumber : Majalah Rasa Jul'09



Bahan-bahan :
Lemon
Air

Cara Membuatnya :
1- Potong dua lemon & masukkan ke dalam air.
2- Masukkan ke dalam ketuhar & tekan suis pasang dan biarkan selama satu minit atau sehingga ketuhar panas.
3- Ambil lemon & perahkan jusnya ke dalam bekas yang berisi air suam.
4- Cuci bahagian dalam dengan jus tersebut.