Showing posts with label Biscuit / Cookies. Show all posts
Showing posts with label Biscuit / Cookies. Show all posts

Wednesday, September 29, 2010

Biskut Tat Gulung Blueberry

Sumber : Sweetlily aka Nina


Bahan-bahan :
180 gm butter
50 gm minyak sapi
80 gm gula aising
250 gm tepung jagung
50 gm susu tepung
1 biji kuning telur
1 sk blueberry paste
pewarna purple - agak2
tepung gandum - agak2 sampai jadi doh

Cara-cara :

1- Satukan minyak sapi, butter & gula.
2) Gaul guna senduk sampai berkrim.
3) Masukkan kuning telur, paste & pewarna purple.
4) Masukkan tepung jagung & susu tepung.
5) Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut.
6) Pancit guna acuan tat gulung & masukkan inti.
7) Bakar pada suhu 150 darjah celcius lebih kurang 20 minit @ sehingga masak.

Note: Ini resepi asal daripada Nina... Dani buat guna adunan tat nenas gulung Kak Zai...

Inti :
Campurkan jem nenas & blueberry filling & masak hingga pekat.

Biskut Mazola

Sumber : Mak Zozo


Bahan-bahan :
1 kg tepung gandum
500 gm gula halus
1 camt baking powder
2 biji kuning telur
Secubit garam
Minyak mazola secukupnya

Cara-cara :

Gaulkan bahan2 kering di atas sehingga sebati & basahkan dengan minyak mazola. Gentel bulat & letak 1/2 kacang tanah di atas nya. Sapu dengan kuning telur. Bakar sehingga masak.

Biskut Almond London

Sumber : Kak Dah
Bahan-bahan :

250 gm mentega
130 gm gula aising
430 gm tepung gandum
2 biji kuning telur
20 gm tepung jagung
Badam cincang secukupnya
Badam sebiji secukupnya
Coklat masakan secukupnya

Cara-cara :

Pukul mentega & gula sehingga gebu. masukkan kuning telur & kacau. Masukkan tepung jagung & tepung gandum & adun sehingga menjadi doh. Ambil secubot adunan & letakkan badam sebiji di tengahnya... gentel bulat.... buat sampai habis. Bakar sehingga masak & sejukkan. cairkan coklat menggunakan kaedah double boiling & celup biskut tadi di dalam coklat cair... letakkan biskut yang telah dilitupi coklat di dalam paper cup & tabur badam cincang di atasnya. Biarkan sehingga coklat kering & bolehlah disimpan di dalam bekas kedap udara.


Biskut Mama Carries

Sumber :

Biskut Tat Nenas Gulung

Sumber : Kak Zai




Bahan-bahan:

1 ketul butter
3 camb susu tepung
3 camb tepung beras
3 camb tepung kastad
3 camb gula kastor
2 1/2 cawan tepung gandum

Cara-cara :

1- Pukul butter & gula.
2- Masukkan tepung susu, tepung beras, tepung kastad & tepung gandum.
3- Gaul sebati hingga menjadi doh.
4- Gunakan acuan tat gulung & letak inti nenas di dalamnya. Bakar sehingga masak.

Biskut Honey Joys

Sumber : Ibu


Bahan-bahan :

3 oz mentega
1/3 cawan gula
2 camb manisan (madu)
4 cawan cornflakes

Cara-cara :

Masak gula, mentega & manisan sampai berbuih, kemudian masukkan cornflakes. Kacau sebati. Letakkan cornflakes yg telah bersalut tadi di dalam paper cup & bakar selama 10 minit.

Biskut Oren

Sumber : Mamafami


Ingredients :

250 gm butter/margerine
130 gm castor sugar
1 egg yolk
1 tsp vanilla essence
1 tbsp orange paste/orange emulco
1 tsp orange colouring
chocolate chips for deco

To be sifted :

300 gm flour
50 gm self raising flour
50 gm custard flour
50 gm cornflour

Method :

1- Cream butter & castor sugar
2- Add in egg yolk & vanilla essence & continue beating (manually also can)
3- Add in the colouring & paste
4- Add in the sifted ingredients till a soft dough is formed
5- Place a bit of dough in to the Dahlia mould & piped onto the baking tray
6- Place a chocolate chip on top
7- Bake in preheated oven at 175 degrees for 20 - 25 minutes
8- Once cooled, keep in an air tight container

Cornflakes Cookies

Sumber : Jun Yummylicious

Saturday, August 14, 2010

Tart Nenas Gulung

Sumber : Kak Zai



Bahan-bahan:

1 ketul butter
3 camb susu tepung
3 camb tepung beras
3 camb tepung kastard
3 camb gula
2 1/2 cawan tepung gandum

Cara-cara:

1) Pukul butter & gula. Masukkan susu tepung, tepung beras & tepung kastard. Kacau. Masukkan tepung gandum & uli. Gunakan acuan acuan tart gulung & masukkan inti / jem nenas. Hias dengan kuning telur. Bakar sehingga kekuningan @ sehingga masak.

Friday, August 13, 2010

Blueberry Cheese Tart

Sumber : rinnchan.fotopages


Untuk Doh Pastri:

125 gm butter
40 gm icing sugar
1 biji telur
220gm tepung gandum
1/2 tsp esen vanila

Kaedah Penyediaan:

1) Satukan semua bahan & uli sehingga menjadi doh.
2) Ambil sebahagian kecil doh & tekankan dalam acuan tart.
3) Cucuk pastri menggunakan garpu & bakar doh pastri selama 8-10 minit @ sehingga separuh masak pada suhu 175C
4) Sementara itu sediakan bahan isian cheese

Bahan Isian Cheese

250 gm cream cheese
3/4 cawan gula icing
1 biji telur
1/2 cawan whipping cream
1 camt esen vanila
Blueberry filling secukupnya
* Sukatan isian cheese ini sebenarnya boleh carteruntuk 2 sukatan doh pastri di atas.

Kaedah Penyediaan:

1) Pukul cheese & telur hingga sebati.
2) Masukkan esen vanila & telur & whipping cream.
3) Teruskan memukul adunan sehingga kelihatan berkrim.
4) Tuangkan adunan secukupnya ke dalam pastri separuh masak tadi & sudukan blueberry filling ditengah-tengahnya.
5) Masukkan kembali ke dalam oven & bakar selama 15-20 minit pada suhu 175C. Sejukkan sebelum dialih dari acuan & diletak dalam papercup.

Sunday, October 25, 2009

Biskut Jering

Sumber : Kak Mah
Bahan-bahan :
1 biji telur
1 cawan mentega
1/2 cawan gula
1/2 cawan kastard
1/2 cawan tepung jagung
1 cawan tepung gandum

Nota : Buat satu lagi adunan menggunakan sukatan & bahan2 yang sama di atas, dan ditambah dengan serbuk koko.

Cara Membuatnya :
1) Pukul mentega bersama gula hingga sebati.
2) Masukkan telur. Pukul lagi.
3) Masukkan tepung sedikit demi sedikit & uli hingga menjadi doh.
4) Ambil sebahagian doh tanpa koko & sebahagian doh koko satukan & masukkan dalam acuan biskut jering. Tekan acuan tersebut & potong doh menggunakan benang.
5) Bakar hingga masak. Mic-Conv-200C-20 minit.

Monday, October 19, 2009

Butter Cookies

Butter Cookies:

1 cup (226 grams) unsalted butter, room temperature

2/3 cup (135 grams) granulated white sugar

1 large egg

1 teaspoon lemon or orange zest (outer rind of a lemon or orange) (optional)

1 teaspoon pure vanilla extract

2 1/4 cups (295 grams) all purpose flour

1/4 teaspoon salt

Confectioners Frosting: (optional)

1/4 cup (57 grams) unsalted butter, room temperature

1/4 cup (57 grams) shortening

1/2 teaspoon pure vanilla extract

2 cups (230 grams) confectioners (powdered or icing) sugar, sifted

1 - 2 tablespoons milk

Friday, October 2, 2009

Biskut Samperit Kasih

Sumber : Majalah Saji Okt'06 m/s 50
Bahan-bahan :-
250 gm mentega
125 gm gula aising
1 biji telur
280 gm tepung kastad
2 camb tepung jagung
1/2 camb serbuk penaik
100 gm kismis

Cara Membuatnya :-
Pukul mentega bersama gula sehingga kembang. Masukkan telur & esen vanila & pukul lagi. Campurkan tepung jagung, tepung kastad, serbuk penaik, kismis & garam ke dalam adunan & gaul sebati sehingga menjadi doh yang lembut. Gunakan acuan samperit untuk membentuknya. Terap di atas dulang pembakar dan bakar pada suhu 170C selama 15 minit.

Biskut Badam

Sumber : Majalah Saji Okt'06 m/s 113
Bahan-bahan :-
250 gm mentega
100 gm badam (kisar)
200 gm tepung
140 gm gula kastor

Cara Membuatnya :-
Pukul mentega & gula sehingga ringan & gebu. Kemudian masukkan badam kisar & tepung. Gaulkan dengan tangan. Adunan perlulah lembut, gunakan kelongsong pemancit, tekan ke dalam cawan kertasyang kecil menggunakan corong bintang yang besar. Hiaslah mengikut kreativiti anda. Akhir sekali bakar pada suhu 170C selama 15 ke 20 minit @ sehingga masak.

Biskut Oat Susu

Sumber : Majalah Saji Okt'06 m/s 156
Bahan-bahan :-
500 gm oats
300 gm tepung gandum
230 gm gula kastor
250 gm mentega
1 camt impleks
75 gm serbuk koko
50 gm serbuk gajus
50 gm badam cincang
7 camb minyak sapi

Cara Membuatnya :-
Campurkan semua bahan kecuali minyak sapi. Kacau & kemudian masukkan minyak sapi & uli adunan sehingga lembut. Canai & terap adunan mengikut acuan yang disukai. Bakar selama 25 minit pada suhu 175C. Selepas biskut sejuk, salutkan dengan susu tepung.

Biskut Gajus

Sumber : Restoran Pak Amir
Bahan-bahan :-
250 gm mentega
1 cawan gula halus
1 biji kuning telur
1 cawan tepung jagung
2 1/2 cawan tepung gandum
2 camb gajus dikisar
Gajus (digoreng) & kuning telur utk hiasan

Cara Membuatnya :-
1) Kacau mentega & gula halus hingga kembang. Masukkan kuning telur, tepung gandum & tepung jagung. Gaul rata. Masukkan gajus yang telah dimesin. Gaul rata hingga menjadi doh.
20 Ambil adunan sebesar guli & bentukkan seperti buah gajus. Hiaskan dengan separuh biji gajus & kuning telur. Bakar dalam oven sehingga kuning pada suhu 200C

Saturday, September 12, 2009

Famous Amos London

Sumber : Mr. Hubby
Ingredients :
2 cups butter
4 cups flour
2 tsp baking soda
2 cups granulated sugar
2 cups brown sugar
5 cups blended oatmel (measure oatmeal & blend in blender to a fine powder)
24 oz chocolate chips
1 tsp salt
1 (8 oz) Cadbury or Hersheys (grated)
4 eggs
3 cups chopped nuts (your choice)
2 tsp vanilla
2 tsp baking powder

Method :
Cream the butter and both sugars. Add egss and vanilla, mix together with flour, oatmeal, salt, baking powder & soda. Add chocolates chips, Hersheys bar & nuts. Roll into ball& place 2 inch part on a cookie sheet. Bake for 10 minutes at 375F.

Almond London

Sumber : Kak Dah
Bahan-bahannya :
250 gm mentega
130 gm gula aising
430 gm tepung gandum
2 biji kuning telur
20 gm tepung jagung
Badam cincang secukupnya
Badam sbiji secukupnya
Coklat masakan secukupnya

Cara Memasaknya :
Mentega dipukul hingga kembang & gebu. Masukkan kuning telur, tepung jagung & tepung gandum sambil digaul hingga sebati. Letakkan badam ditengah-tengah dan buat bulat / leper (ikut suka) . Masukkan dalam ketuhar dengan suhu yg sederhana. Sesudah dimasak, celup dengan coklat masak & tabur badam cincang di atasnya.

Biskut Mazola

Sumber : N/A

Bahan-bahan :
1 kg tepung gandum
600 gm kacang tanah (dihaluskan)
600 gm gula
sedikit garam
Minyak Mazola - secukup basah

Cara Membuatnya :
1- Gaul kesemua bahan-bahan kering sehingga sebati.
2- Basahkan dengan minyak mazola sedikit demi sedikit.
3- Bulatkan kecil2. Letakkan kacang tanah ditengah-tengah. Tekan sedikit. Sapu kuning telur di atasnya. Bakar sehingga kekuningan.

Friday, September 11, 2009

Biskut Keju Oregano

Sumber : Majalah Rasa Jul'09
Bahan-bahan :
125 gm mentega
110 gm gula halus
110 gm gula perang
1/2 biji telur
1 camb oregano
90 gm tepung naik sendiri - di ayak
1/2 camb tepung jagung
75 gm kelapa kering
125 gm emping jagung
50ml susu sejat
75 gm walnut - dibakar & dicincang kasar

Cara Membuatnya :
1- Putar mentega, gula halus dan gula perang sehingga ringan dan kembang.
2- Masukkan telur & semua bahan selebihnya.
3- Bulatkan adunan, tekan sedikit & letakkan dalam loyang.
4- Bakar pada suhu 160C selama 20 minit atau sehingga masak.