Tuesday, May 4, 2010

Daging Masak Merah

Sumber : Myresepi


Bahan-bahan:
   1/2 kg daging (dipotong nipis & direbus dgn pewarna merah sehingga lembut)
   1 biji bawang besar - dimayang
   1 biji capsicum hijau
   1 cm halia
   2 ulas bawang putih
   2 sb sos cili
   2 sb sos tomato
   2 sb sos tiram
   Garam secukup rasa

Note : Kalau ada... boleh letak kacang buncis, daun bawang & daun sup ....klu tak der pun tak per...

Cara Membuatnya :
1) Tumiskan bawang besar, bawang putih & halia sehingga kekuningan
2) Masukkan sos cili, sos tomato & sos tiram... klu kering, letak sedikit air.... klu suka berkuah, boleh letak banyak sikit air, tapi jgn banyak sangat...
3) Masukkan garam, serbuk perasa klu suka boleh letak...
4) Masukkan daging rebus tadi, masak hingga sebati
5) Masukkan capsicum hijau tadi (Dani tak letak pun)
6) Boleh dimakan dgn nasi putih @ jadikan lauk nasi goreng USA

No comments:

Post a Comment