Tuesday, November 17, 2009

Cencaru sumbat Daun Kunyit

Sumber : Majalah Rasa Jul'09
Bahan-bahan :
2 ekor ikan cencaru - dibelah belakang
200 gm daun kunyit - dihiris halus
18 biji cili kering *
6 ulas bawang merah *
2.5 cm halia*
2.5 cm kunyit *
2.5 cm belacan *
300 gm kelapa parut *
Garam & gula secukupnya

* bahan2 * dikisar halus - kelapa parut jgn dikisar terlalu halus

Cara Membuatnya :
1- Panaskan sedikit minyak & tumis bahan kisar sehingga kering
2- Apabila kering, perasakan dengan garam & gula secukupnya
3- Angkat & sumbatkan ke dalam ikan cencaru yang telah dibelah tadi
4- Kemudian klip ikan dengan batang lidi supaya isinya tidak terkeluar
5- panaskan minyak & goreng ikan hingga masak & hidangkan

Sunday, November 15, 2009

Akok

Sumber : yatiezaini.blogspot
Bahan-bahan :
5 biji telur
200 ml pati santan
100 ml air
150 gm gula manisan (gula melaka) - boleh kurangkan ikut selera
30 gm tepung gandum
3 helai daun pandan - disiat2
2 cubit garam halus

Cara Membuatnya :
1- Masak air bersama gula melaka hingga mendidih. Tutupkan api.
2- Masukkan santan. Tunggu suan sedikit, kemudian masukkan telur, tepung & daun pandan , gaul rata. tapiskan untuk menghilangkan ketulan tepung.
3- Panaskan oven pada suhu 200C. Panaskan acuan baulu ke dalamnya. Masukkan sedikit minyak dalam setiap acuan.
4- Isi penuh acuan & bakar selama 10 minit. Kuih ini akan mengembang. Bila dikeluarkan dari oven ia akan sedikit mengecut.

Apam Cream Cheese

Sumber : secubitgaramnor.blogspot
Bahan-bahan :
40 gm cream cheese
1 biji telur
150 gm tepung gandum
1 camt baking powder
1 camb minyak masak
75 ml susu segar
5 camb gula

Cara Membuatnya :
1- Potong dadu cream cheese & ketepikan.
2- Masukkan telur, gula, susu & minyak masak. Pukul sehingga berbuih / gula larut sepenuhnya.
3- Ayakkan tepung & baking powder ke dalam mangkuk tadi. Masukkan cream cheese. Kemudian kacau sehingga sebati.
4- Masukkan adunan ke dalam bekasyang sesuai . Kukuslah selama 8-10 minit@ sehingga masak.

Orange Chiffon Cake

Sumber : blog-3e.blogspot
Bahan A :
2 cawan self raising flour
1/2 camt garam halus
8 biji kuning telur gred A
1 cawan gula halus
1 cawan jus oren
1/2 cawan minyak jagung / sayur

Bahan B :
8 biji putih telur gred A
1 cawan gula halus
1 camt crean of tartar

Cara Membuatnya :
1- Panaskan oven pada suhu 180C. Dalam satu bekas, pukul kuning telur dengan gula hingga larut, masukkan kesemua bahan2 A & kacau semua sebati. Ketepikan.
2- Dalam bekas lain yang bersih & kering, bahan2 B dipukul sehingga kental, rata & sebati. Tuang dalam tin chiffon & bakar selama 1 jam @ hingga kek masak.
3-Sejukkan kek, then baru boleh makan.

Saturday, November 14, 2009

Cempedak Goreng

Sumber : Kak Hanieliza
Bahan-bahan :
Isi Buah cempedak
Minyak masak
Bahan Batter :
2 cawan tepung beras
1 biji telur
1 camt air kapur
1 camt kunyit serbuk
Garam secukup rasa
Air secukup pekat

Cara membuatnya :
1- Bancuhkan bahan batter sehingga rata & biarkan sekejap. Jangan cair sangat.
2- Panaskan minyak yg banyak.
3- Masukkan isi buah cempedak dlm bahan batter & jemptkan ke dalam kuali.
4- Bila telah kuning keemasan, angkat & toskan dalam tapisan sayuran.
Hidangkan.

Wednesday, November 4, 2009

Ayam Masak Merah

Sumber : Majalah Jelita, Disember 1997



Bahan-bahan :
125 ml minyak sapi
4 camb pes cili
2 batang serai
500 gm ayam, dipotong, dibersih & digoreng garing
1 liter santan
sedikit garam & gula

*** Bahan Kisar ***
4 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
3 cm lengkuas
1 cm halia
20 tangkai cili kering

Cara-cara
1- Panaskan minyak sapi & tumis bawang merah bersama bawang putih hingga garing.
2- Masukkan lengkuas bersama halia, biarkan ia sebentar. Masukkan pula pes cili & cili kering. Biarkan ia sehingga terbit minyak.
3- Kemudian, masukkan serai bersama ayam & santan. Masukkan garam & gula. Biar hingga kuah pekat.

Nasi Tomato

Sumber : NIL



Bahan-bahan :
2 cawan beras basmati
2 biji tomato - potong dadu
2 cawan air
1/2 cawan susu
3 camb sos tomato
1 helai daun pandan
sedikit garam
***Bahan Tumis***
2 camb mentega / minyak sapi
2 cm kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 biji buah pelaga
2 ulas bawang putih - hiris
1/4 bawang besar - hiris
*** Hiasan ***
Bawang goreng

Cara-cara
1- Cuci beras. Rendam selama 5-10 minit. Toskan.
2- Panaskan mentega / minyak sapi. Tumiskan bahan-bahan tumis sehingga naik bau.
3- Masukkan beras. kacau sekejap dalam 1-2 minit. Kemudian masukkan sos tomato, tomato, susu, air, daun pandan & sedikit garam.
4- masaklah nasi macam biasa.
5- Bila dah siap bolehlah ditabur bawang goreng.