Monday, October 19, 2009

Aloo-ha beef X-Travaganza Crepe

Sumber : Majalah Ma & Pa
Bahan-bahan :

1) Untuk Tepung
2 cawan tepung
1 cawan susu segar
3 biji telur
6 camb mentega - dicairkan
4 camb gula
1/4 camt garam

2) Untuk Topping
30 gm bawang besar - potong labu
30 gm daun bawang - dihiris
60 gm pepperoni daging
1/2 biji tomato
1/2 biji lada benggala
Nenas
Cendawan butang
Sos Cili
Sos BBQ
Mayones

Cara Membuatnya :
1) Campurkan tepung, gula & garam ke dalam mangkuk. Gaul rata kesemua bahan & ketepikan.
2) Masukkan telur ke dalam mangkuk & pukul hingga kembang.
3) Kemudian, masukkan pula susu & mentega. Kacau adunan sehingga sebati.
4) Selepas itu masukkan campuran tepung, gula & garam tadi. Kacau lagi sehingga adunan sebati.
5) Adunan yang sudah siap bolehlah dituangkan ke atas kuali leper yang sudah dipanaskan & disapu sedikit mentega.
6) Lakukan seperti membuat kulit kuih popia gulung @ apam balik nipis.
7) Setelah separuh masak, taburkan bahan-bahan utk topping.
8) Setelah masak angkat & letakkan sos cili, sos BBQ & mayones di atasnya.
9) Sedia utk dihidangkan.

No comments:

Post a Comment