Sunday, October 11, 2009

Banana Chocochip Crepe

Sumber : Majalah Ma & Pa
Bahan-bahan :
* Untuk Tepungnya
2 cawan tepung
3 biji telur
4 sb gula
* Untuk Topping
3 biji pisang berangan
Coklat chip
1 cawan susu segar
6 sb mentega (dicairkan)
1/4 camt garam

Coklat spread
Kacang tumbuk

Cara Membuatnya :

1) Masukkan tepung, gula & garam ke dalam mangkuk. Gaul rata kesemua bagan & ketepikan.
2) Masukkan telur ke dalam mangkuk & pukul sehingga kembang. Kemudian masukkan pula susu segar & mentega. Kacau sehingga adunan sebati.
3) Selepas itu, masukkan campuran tepung, gula garam tadi. Kacau lagi sehingga adunan cukup sebati.
4) Adunan yang sudah siap bolehlah dituangkan ke atas kuali yang sudah dipanaskan & disapu sedikit mentega.
5) Lakukan seperti membuat kuih lapis gulung @ apam balik nipis, setelah separuh masak, sapukan coklat spread ke atas tepung.
6) Susunkan pisang yang telah dihiris bulat & nipis keatasnya.
7) Kemudian, taburkan coklat chips & kacang tumbuk.
8) Sedia untuk dihidang.

No comments:

Post a Comment