Sumber : Majalah Pa & Ma
Bahan-bahan :
Untuk tepung :
2 cawan tepung
1 cawan susu segar
3 biji telur
6 camb mentega (dicairkan)
4 camb gula
1/4 camt garam
Untuk topping :
30 gm bawang besar (potong labu)
30 gm daun bawang (dihiris)
50 gm pastrami ayam (dipotong kecil2)
keju secukupnya (disagat)
Sos cili
Mayones
Cara Membuatnya :
1) Campurkan tepung, gula & garam ke dalam mangkuk. Gaul rata kesemua bahan & ketepikan.
2) Masukkan telur ke dalam mangkuk & pukul sehingga kembang.
3) Kemudian masukkan pula susu & mentega. Kacau sehingga adunan sebati.
4)Selepas itu, masukkan campuran tepung, gula & garam. Kacau lagi sehingga adunan sebati.
5) Adunan yang telah siap bolehlah dituangkan ke atas kuali leper yang sudah dipanaskan & disapu sedikit mentega.
6) Lakukan spt membuat kulit kuih gulung @ apam balik nipis.
7) Setelah separuh masak, taburkan bawang besar, daun bawang, pastrami ayam & keju secukupnya.
8) Setelah masak, angka & letakkan cili sos & mayones di atasnya. Sedap dimakan ketika masih panas.
No comments:
Post a Comment