Sumber : Rasa Mei,09
Bahan-bahan :
225 gm jagung muda (dlm tin) jangan potong
198 gm cendawan butang (dlm tin)
300 gm udang (dikupas kulit)
230 gm kelapa parut - tuang 1 1/2 cwn air & ambil 1 1/2 cawan santan
4 camb minyak masak
Garam secukup rasa
Bahan Tumbuk
6 biji bawang merah
3 biji buah keras
3 biji cili merah
20 biji cili padi
1 cm kunyit hidup
Cara-cara :
1- Panaskan minyak & tumis bahan tumbuk. Biarkan hingga naik bau.
2- Masukkan jagung & cendawan. Kacau rata. Biarkan seketika.
3- Kemudian tuangkan santan bersama garam & biarkan hingga mendidih.
4- Masukkan udang, biarkan masak selama 10 minit
5- Angkat & hidangkan
No comments:
Post a Comment