Sumber : Kak Dah
Bahan-bahan :
500 gm makaroni
2 sb lada sulah
4 keping dada ayam - direbus & disiat
1/2 kilo bawang merah - dimayang- digoreng (minyak goreng akan digunakan nanti)
25 biji telur ayam
1 cawan air rebusan ayam
Garam & gula secukup rasa
Daun sup*
Tomato*
Lada merah*
Nota : * dihiris
Cara-cara :
Rebus makaroni sehingga masak. Sebelum diangkat masukkan 1 sb majerin supaya tidak melekat. Campurkan & gaul semua bahan2 yang tersebut diatas. Perasakan. Masukkan di dalam loyang & bakar sehingga masak.
No comments:
Post a Comment