Sumber : Rasa Mei'09
Bahan Lemping
300 ml susu segar
3 biji telur
120 gm tepung gandum
Sedikit garam
Bahan Inti :
1 biji lobak merah - dihiris halus
1/2 biji cili benggala hijau - dipotong memanjang
1/2 biji bawang besar - dipotong dadu
4 camb minyak masak
100 gm mayones
Garam & lada sulah secukupnya
Tips : Bancuhlah bahan lempeng pada malam hari & simpan di dalam peti sejuk. Keeseokkannya barulah di masak & ditumis bahan intinya. Hirisan juga boleh disediakan awal.
Cara Memasaknya :
1- Untuk lemping : Kacau telur, garam & susu segar hingga sebati
2- Masukkan tepung, kacau & tapis
3- Panaskan kuali leper & layangkan sesenduk adunan di atasnya. Biarkan hingga garing & angkat.
4- Untuk Inti : Panaskan minyak & tumis bawang hingga naik bau
5- Masukkan lobak merah, cili benggala, garam & serbuk lada sulah
6- Ambil lempeng, sapukan dengan mayones & letakkan satu sudu bahan inti kemudian digulung kemas
No comments:
Post a Comment